Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

75) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nilai keseluruhan pelaburan luar dan domestik di Selangor sepanjang tahun 2018?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 83 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM3,095,846,952 (RM3.096 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM1,524,595,692 (50%) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM1,571,251,260 (50%) daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,707 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

  2. Berapa banyak nilai pelaburan ini ialah pelaburan berteknologi tinggi dan melibatkan kegunaan Artificial Intelligence?

    Bagi sektor pembuatan di Negeri Selangor, contoh syarikat yang menggunakan elemen Artificial Intelligence (AI) di dalam aktiviti pengeluaran mereka adalah Daikin Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini adalah pengeluar “air-cond” untuk pasaran eksport dan dimiliki sepenuhnya oleh pelabur dari Jepun.

    Elemen AI terdapat pada “product quality inspection” di mana kamera khas digunakan untuk mengambil gambar dan mampu membuat keputusan samada produk tersebut memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.