Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
80) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dilaporkan bahawa bulan Jun lalu telah diadakan lawatan ke Dubai bagi tujuan menarik pelaburan. Apakah susulan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri selepas lawatan itu?
Hasil daripada lawatan tersebut beberapa syarikat telah menyatakan minat dan hasrat
yang tinggi untuk melabur di negeri Selangor di bidang-bidang seperti hartanah,
pertanian, pembinaan, waste management, pengilangan makanan dan lain-lain lagi.
Berikutan itu juga beberapa tindakan susulan telah dibuat di mana pihak SSIC Berhad
telah membuat hubungan susulan menerusi surat dan mesyuarat dengan syarikat
terbabit bersama-sama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan. -
Berapakah nilai pelaburan yang dijangka akan dibawa masuk ke negeri Selangor hasil daripada lawatan itu?
Hasil daripada lawatan ini sejumlah kira-kira RM 10 billion dijangka akan di bawa
masuk ke Negeri Selangor. Walau bagaimanapun jumlah sebenar hanya akan dapat
dikenalpasti apabila permohonan rasmi dikemukakan kelak.