Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

2) PELABURAN DI LUAR NEGARA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan dengan detail berapakah pelaburan yang dibuat oleh KNS melalui anak syarikat di luar Negara sejak 5 tahun yang lalu?

    Pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat di luar Negara sejak 5 tahun yang lalu seperti berikut;-

    Bil. Syarikat Projek Pelaburan
    1. Worldwide                                Holdings Berhad Syarikat Worldwide Holdings Berhad membuat pelaburan dalam pembangunan hartanah di Australia dengan nilai pelaburan berjumlah AUD17.923 juta (RM

    54.35 juta) sejak tahun 2012.

    2. Kumpulan                          Perangsang Selangor Berhad Pada Mei 2016, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (‘Perangsang Selangor”) telah berjaya membeli 60% ekuiti di dalam Kaiserkorp Corporation Sdn Bhd (“Kaiserkorp”) dengan pelaburan bernilai RM116.7 juta. Kaiserkorp merupakan pemegang saham tunggal perlesenan jenama tilam King Koil yang beroperasi di Illinois, Amerika Syarikat dimana ia mempunyai 27 pemegang lesen untuk mengilang dan memasarkan tilam King

    Koil ke serata dunia.

     

  2. Sila huraikan apakah jenis pelaburan dan prestasi keuntungan yang disasarkan?

    Jenis pelaburan dan prestasi keuntungan yang disasarkan oleh syarikat- syarikat tersebut seperti berikut;-

     

    1. Syarikat Worldwide Holdings Berhad
    a)

     

     

     

    b)

    Nama Projek Eastern Creek Business Park (Sydney)
    Jenis Pelaburan Pembangunan Hartanah Industri
    Komponen Lot Industri
     
    Nama Projek Champion Glades & Private Estate (Perth)
    Jenis Pelaburan Pembangunan Hartanah kediaman
    Komponen Lot Residensi
       
    Sasaran keuntungan Sasaran keuntungan bagi kedua-dua projek di atas adalah sebanyak AUD 9.782 juta (RM 29.66 juta). (keuntungan             kasar           selepas                             ditolak     kos

    pembangunan projek)

    2. Syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad
        Pelaburan di dalam King Koil merupakan satu pelaburan jangka masa panjang (yakni antara 5-10 tahun) dengan objektif pulangan melalui peningkatan keuntungan, aliran tunai dan nilai ekuiti yang disasarkan sebanyak 20% pulangan purata dari kos pelaburan. Pulangan tersebut termasuk pendapatan dividend an penjualan

    pegangan ekuiti tersebut pada masa hadapan.

  3. Sila nyatakan apakah perancangan susulan terhadap pelaburan tersebut?

    Antara perancangan susulan terhadap pelaburan tersebut adalah;-

    Bil. Syarikat Perancangan Susulan
    1. Worldwide Holdings Berhad Projek akan dilancarkan pada suku ke-2 tahun 2018 dengan tempoh pembangunan projek selama

    4 tahun (2021)

    2. Kumpulan Perangsang Selangor Berhad Sejak pengambialihan King Koil pada Mei 2016 lalu, Perangsang Selangor telah melaksanakan berbagai inisiatif termasuk perlantikan pengurusan professional yang berpengalaman untuk meningkatkan taraf tadbir urus korporat dan memperluaskan pasaran antarabangsa dengan penambahan satu pemegang lesen di Mexico pada 2017.

     

    Pada masa yang sama, King Koil sedang mengubah strategi perniagaannya dari sebuah syarikat     yang     bergantung     hanya     kepada

    perlesenan kepada pengilangan dan pengedaran

     

        di pasaran pantai barat Amerika Syarikat. Strategi baru ini bakal melonjakkan pendapatan King Koil menerusi pengilangan dan pengedaran tilam secara terus berbanding dengan hanya kutipan royalti seperti sebelum ini. Kilang pertama milik King Koil yang dijangka beroperasi di Arizona pada bulan April 2018 akan memenuhi pasaran di negeri-negeri pantai barat seperti California, Nevada dan Colorado. Dalam jangka masa panjang, King Koil mensasarkan pertumbuhan yang mampan akan datang daripada kawalan kualiti dan pengedaran produk yang bermutu tinggi

    di pasaran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.