Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

3) PELABURAN DI KAWASAN RAWANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah dan jenis pelaburan di kawasan Rawang untuk tahun 2008- 2013.

    Bagi tempoh tahun 2008 hingga Mac 2015, sebanyak 103 projek perkilangan telah diluluskan di Rawang dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.362 bilion.

    Tahun Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan
    2008 161,753,338 145,838,974 307,592,312
    2009 234287794.5 71842378.5 306130173
    2010 243764903.4 25301257.57 269066161
    2011 548128489.1 176959961.9 725088451
    2012 427841277.9 38266229.1 466107507
    2013 78,428,262 1,464,738 79,893,000
    2014 121835231.8 32214721.2 154049953
    2015 54,767,324 0 54,767,324
     Jumlah Keseluruhan 1,870,806,621 491,888,260 2,362,694,881

    * Sumber : MIDA

    Projek-projek perkilangan yang diluluskan ini terlibat dalam industri-industri seperti berikut;-

    • Industri pembuatan barangan peralatan kenderaan
    • Industri pembuatan barangan makanan
    • Industri pembuatan barangan kimia
    • Industri pembuatan barangan plastik.
  2. Senaraikan jumlah pelaburan tempatan dan pelaburan asing mengikut sektor di kawasan Rawang untuk tahun 2008-2015

    Bagi tempoh tahun 2008 hingga Mac 2015 sebanyak 103 projek perkilangan telah diluluskan di kawasan Rawang dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.362 bilion. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM 1.870 bilion daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 491 juta daripada pelaburan asing. Sebanyak 8,300 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

  3. Apakah strategi dan jenis insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelaburan di Negeri Selangor?

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau ganjaran berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau asing.

    Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

    Dalam membantu menyelesaikan isu pelaburan yang berbangkit, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara bulanan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ EXCO bagi membincangkan permasalahan yang berbangkit dan membantu pihak pelabur untuk mempercepatkan proses penyelesaian dan proses pembangunan yang dicadangkan.

    Bagi memastikan pelaburan terus kekal di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa strategi seperti berikut;-

    1. Pengurusan
    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian.
    • Memperkukuhkan peranan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para pelabur.
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan industri.
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan-kawasan perindustrian yang sedia ada.
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded.
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu-isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
    • Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran mereka.
    • Invest Selangor Talent Initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang diperlukan.
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur.

    Networking

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan penggalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa.
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara mereka.
    • Promosi
      1. Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar Negara.
      2. Penyertaan dalam pameran yang bertaraf antarabangsa.
      3. Penganjuran Selangor International Expo yang dijadualkan pada 26 – 28 November 2015 bertempat di Seri Kembangan, Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.