Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
181) PELABURAN DI HULU SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Namakan jenis-jenis pelaburan dan jumlah pelaburan yang telah dan akan dibawa ke kawasan Hulu Selangor bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Daerah Hulu Selangor telah dikenalpasti sebagai Hab Pembuatan Pengangkutan di dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 yang memfokuskan kepada pelaburan kilang – kilang pembuatan automotif dan pengangkutan. Ini disumbang dengan adanya kilang Pemasangan PERODUA dan TANCHONG MOTORS (NISSAN) bagi pembuatan kenderaan pengangkutan, UMW Aerospace bagi sektor aeroangkasa dan SMH Rail bagi aktiviti pemasangan lokomotif. Selain itu Daerah Hulu Selangor juga menarik pelabur – pelabur bernilai tinggi yang memberi impak kepada pembangunan seperti Longi Malaysia bagi kilang pemasangan panel solar dan kilang – kilang berasaskan makanan.
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaaan yang dijangka dapat diwujudkan bagi tempoh tersebut?