Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
55) PELABURAN DARI NEGARA TIMUR TENGAH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan yang diterima dari negara-negara Timur Tengah dari tahun 2008 sehingga kini?
Bagi tempoh tahun 2008 sehingga kini sebanyak 13 projek perkilangan melibatkan pelabur dari negara-negara Timur Tengah telah diluluskan di negeri Selangor dengan jumlah pelaburan bernilai RM376,891,486.
-
Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menarik pelabur dari wilayah tersebut?
Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk menarik pelabur dari wilayah tersebut adalah seperti berikut;-
- Program lawatan promosi pelaburan ke negara-negara timur tengah.
- Mengadakan program usahasama dengan dewan-dewan perniagaan daripada negara-negara Timur Tengah yang ada di Malaysia seperti Malaysia Business Council of Abu Dhabi.
- Menerima kunjungan hormat dari delegasi Chamber of Commerce of Qazvin Province, Iran pada 24 Februari 2010 yang lalu. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk meneroka peluang-peluang perniagaan dan kerjasama di Negeri Selangor. Delegasi ini diketuai Pengerusi ‛Chamber of Commerce Authority of Qazvin Province’ dan mereka terdiri daripada ketua-ketua eksekutif dari 30 buah syarikat.
- Menjalinkan hubungan networking bersama syarikat-syarikat kewangan daripada negara-negara Timur Tengah
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mempromosikan hub halal sebagai tarikan untuk pelabur-pelabur datang ke negara ini?
Bagi mempromosikan hub halal sebagai tarikan pelabur-pelabur datang ke negara ini Kerajaan Negeri telah menyusun beberapa strategi untuk mempromosikan dan menggalakkan pelaburan berdasarkan Industri Halal melalui;-
- Penyertaan di dalam misi-misi penggalakan pelaburan ke luar negara anjuran SSIC Berhad, Malaysia Industry Development Authority (MIDA), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Halal Industry Development Corporation (HDC).
- Penyertaan di dalam pameran dan promosi Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang diadakan setiap tahun