Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

21) PELABURAN DARI CHINA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jenis dan modal pelaburan dari China dalam 3 tahun yang lepas

    Jenis dan modal pelaburan dari China bagi tempoh 2010 hingga Ogos, 2013 adalah seperti berikut;-

     

    Projek Perkilangan Yang Diluluskan Melibatkan Penyertaan Pelabur China Di Negeri Selangor Bagi Tempoh 2010 Hingga Ogos, 2013.

     

    Industri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Asing (RM)
    Electronics & Electrical Products 3 1,380 1,213,698,760
    Plastic Products 3 376 101,286,817
    Transport Equipment 3 462 64,370,009
    Basic Metal Products 1 138 29,400,000
    Textiles & Textile Products 4 377 26,794,899
    Machinery & Equipment 4 169 25,289,809
    Chemical & Chemical Products 3 108 9,748,000
    Rubber Products 1 65 5,980,000
    Non-Metallic Mineral Products 1 69 5,000,000
    Petroleum Products (Inc.

    Petrochemicals)

    1 83 3,900,000
    Fabricated Metal Products 1 38 3,500,000
    Miscellaneous 1 0 1,742,000
    Wood & Wood Products 1 63 330,000
    Jumlah 27 3,328 1,491,040,294

    Sumber : MIDA

  2. Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi pelaburan dari China?

    Kerajaan Negeri melalui agensi promosi pelaburannya, SSIC sering mengadakan lawatan dan menyertai pameran-pameran yang diadakan di China bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Selangor kepada pelabur China yang berpotensi. Pihak SSIC telah mengadakan lawatan teknikal pelaburan ke Wilayah Xian, China pada 2 hingga 7

     

    September 2013 di samping menyertai pameran China-Asian Expo (Caexpo), Nanning 2013 pada 3 hingga 6 September 2013. Hasil daripada lawatan dan penyertaan dalam pameran tersebut terdapat pelabur yang berminat untuk meneroka peluang pelaburan dalam industri bio-teknologi, produk halal, solar, perkhidmatan pergudangan dan logistik serta sektor hartanah.

     

    Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2013, SSIC telah menerima sebanyak 8 lawatan pelabur China ke Negeri Selangor yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka di luar Negara China dalam industri kitar semula, pembuatan mesin dan peralatan, logam (metal) dan Elektronik.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.