Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
1) PELABURAN DAN PELUANG PEKERJAAN DALAM SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan dengan terperinci mengenai pelaburan baru yang diperoleh bagi 2009-2010.
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2009 sebanyak 182 projek baru telah diluluskan oleh MIDA di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,181,707,948. Daripada jumlah ini, sebanyak RM 1,893,920,504 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,287,787,444 daripada pelaburan asing. Sebanyak 14,483 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.
-
Senaraikan bilangan peluang pekerjaan yang ada di seluruh Selangor
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2009 sebanyak 182 projek baru telah diluluskan
oleh MIDA di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,181,707,948. Daripada
jumlah ini, sebanyak RM 1,893,920,504 adalah daripada pelaburan tempatan dan
sebanyak RM 1,287,787,444 daripada pelaburan asing. Sebanyak 14,483 potensi
peluang pekerjaan telah diwujudkan. -
Apakah usaha kerajaan bagi memastikan pekerjaan tersebut diisi oleh warga Malaysia?
Bagi memastikan peluang-peluang pekerjaan ini diisi, Kerajaan Negeri telah
mengadakan program “Jom Kerja” yang mana program ini memberi kesempatan kepada
pihak syarikat untuk mengadakan “walk in interview” di tempat program ini diadakan.
Program ini akan diadakan di setiap daerah bagi membantu pihak syarikat mencari
sumber tenaga kerja yang diperlukan di kalangan rakyat tempatan.
SSIC Berhad juga turut menganjurkan pertemuan dengan Ketua-Ketua Kampung, GuruGuru Besar Sekolah dan Pengarah Institut Kemahiran Belia untuk mendapatkan
kerjasama mereka bagi menghebahkan kekosongan pekerja bersama-sama kilangkilang yang memerlukan pekerja dan juga Pejabat Daerah.Selain itu, pihak Jabatan Tenaga Kerja Negeri juga turut mengadakan beberapa
program bagi membantu pihak syarikat mendapatkan pekerja seperti ;
i) Karnival kerjaya;
ii) Temuduga terbuka;
iii) Ceramah kerjaya;
iv) Dan membantu pencari kerja mendaftarkan diri dalam system Electronic Labour Exchange untuk mempermudahkan penjodohan kerja.