Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
24) PELABURAN DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila berikan berapakah jumlah pelaburan di dalam dan diluar negeri bermula tahun 2020 sehingga tahun 2024?
Jumlah pelaburan di dalam dan luar negeri yang diluluskan di Selangor melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi tahun 2020 sehingga September 2024 adalah sebanyak 4,401 projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM 192.78 bilion. Dari jumlah ini, sebanyak RM 109.94 bilion melibatkan pelaburan tempatan dan sebanyak RM 82.84 bilion melibatkan pelaburan asing.
Sebanyak 1,323 projek melibatkan kelulusan pelaburan dalam sektor pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM 72.50 bilion. Dari jumlah ini, sebanyak RM 29.15 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 43.35 bilion daripada pelaburan asing.
Manakala sebanyak 3,078 projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan telah diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM 120.28 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak 80.79 bilion daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 39.50 bilion daripada pelaburan asing
-
Berapakah jumlah pekerjaan yang dapat dihasilkan melalui jumlah pelaburan ini?
Sebanyak 148,766 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada projek – projek pelaburan yang diluluskan di Negeri Selangor. Dari jumlah ini, sebanyak 77,611 potensi peluang pekerjaan diwujudkan dalam sektor pembuatan dan sebanyak 71,155 diwujudkan dalam sektor perkhidmatan.
Jadual Projek – Projek Pelaburan Yang Diluluskan Di Negeri Selangor Melibatkan Sektor Pembuatan / Perkilangan dan Perkhidmatan Bagi Tahun 2020 sehingga September 2024
Tahun Sektor Bil. Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) 2020 Pembuatan / Perkilangan 324 19,950 6,946,018,121 11,479,144,002 18,425,162,123 Perkhidmatan 258 4,106 2,801,421,184 662,594,802 3,464,015,984 2021 Pembuatan / Perkilangan 247 14,393 6,052,770,679 1,458,273,188 7,511,043,867 Perkhidmatan 343 5,496 3,498,629,811 537,085,501 4,035,715,312 2022 Pembuatan / Perkilangan 265 15,665 4,642,009,401 7,565,739,313 12,207,748,714 Perkhidmatan 284 6,099 2,575,148,751 22,608,538,529 25,183,687,280 2023 Pembuatan / Perkilangan 234 12,568 5,634,286,972 13,675,052,355 19,309,339,327 Perkhidmatan 1,077 20,305 32,267,313,649 3,662,328,302 35,929,641,951 2024 (Jan-Sept.) Pembuatan / Perkilangan 253 15,035 5,875,978,677 9,168,581,232 15,044,559,908 Perkhidmatan 1,116 35,149 39,647,090,589 12,023,751,532 51,670,842,121 Jumlah 4,401 148,766 109,940,667,834 82,841,088,755 192,781,756,587 Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)