Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

30) PELABURAN DALAM NEGERI

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah target pelaburan yang tetapkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2024?

    Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri mensasarkan pelaburan berjumlah RM 50 bilion dimana sebanyak RM 15 bilion dalam sektor pembuatan dan sebanyak RM 35 bilion bagi sektor perkhidmatan.

  2. Berapakah jumlah perlaburan yang telah berjaya didapatkan pada tahun 2024?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, sebanyak 821 projek pelaburan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 34.97 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak 155 projek diluluskan dalam sektor pembuatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 7.33 bilion. Manakala sebanyak 666 projek dalam sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 27.64 bilion.

  3. Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan jumlah pelaburan dapat dicapai bagi tahun 2024?

    Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mencapai jumlah pelaburan yang disasarkan bagi tahun 2024 seperti berikut;-

    1. Melaksanakan program – program promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun virtual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di dalam dan luar negara termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur dan dilaksanakan bagi menarik pelaburan baru dan penambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada.
    2. Memberi penekanan kepada industri – industri tumpuan seperti Sains Hayat, Pembuatan Makanan dan Minuman (F&B), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik, Kelengkapan Pengangkutan seperti industri Aeroangkasa dan Dron serta Mesin dan Peralatan bagi sektor pembuatan / perkilangan.

      Manakala bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan memberi penumpuan kepada industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.

    3. Memperkenalkan dan mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui penganjuran program – program pameran tahunan bertaraf antarabangsa seperti Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS).
    4. Memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, dan Selangor Lab Partnership Program bagi menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan pelaburan yang diperlukan oleh pelabur serta membantu mempercepatkan perlaksanaan projek – projek pelaburan yang dirancang.
    5. Menggalakkan pembangunan kawasan – kawasan industri baru yang kondusif berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) untuk keperluan para pelabur.
    6. Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara berkala setiap bulan bagi memantau dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pelabur agar cadangan projek pelaburan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.