Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
33) PELABURAN DALAM BIDANG AERO ANGKASA ( KAWASAN SUBANG )
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya dan/atau akan dilaburkan?
Jumlah yang telah berjaya dan / atau akan dilaburkan oleh syarikat – syarikat di kawasan Subang adalah sebanyak RM 91.5 juta.
-
Apakah syarikat-syarikat yang telah terlibat dan berapa jumlah pelaburan tersebut telah di buat ?
Antara syarikat – syarikat yang telah terlibat dalam pelaburan di kawasan Subang seperti Airod Techno power Sdn Bhd, UPECA Aerotech Sdn Bhd dan Afjets Sdn Bhd dengan jumlah pelaburan bernilai RM 91.5 juta
-
Apakah mekanisme yang telah di gunakan untuk memastikan bahawa pelaburan tersebut akan berjaya?
Mekanisma yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan cadangan projek pelaburan dapat direalisasikan seperti berikut;-
- Networking / Engagement – Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan sentiasa berhubung secara rapat dengan pihak syarikat bagi mendapatkan maklum balas berkenaan status projek dan permasalahan yang dihadapi.
- Penyelarasan – Invest Selangor akan menyelaraskan sebarang isu – isu atau permasalahan yang dilaporkan dengan agensi – agensi yang berkaitan samada di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
- Fasilitasi – Isu – isu atau permasalahan yang dipanjangkan akan dibentangkan dalam mesyuarat Penyelarasan Cadangan Projek Pembangunan yang diadakan setiap bulan di Invest Selangor, dimana mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB EXCO. Setiap agensi berkaitan yang telah dikenalpasti akan dijemput untuk hadir dalam mesyuarat ini bagi memberikan pandangan dan nasihat kepada pihak syarikat untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Melalui mesyuarat ini, ianya dapat memudahkan pihak syarikat untuk mendapatkan maklum balas dari pelbagai agensi dalam sesuatu masa.
- Koordinasi – Setiap permasalahan yang dihadapi akan dikordinasikan mengikut agensi yang berkaitan berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pihak agensi dalam mesyuarat penyelarasan yang telah diadakan.
- Pemantauan – Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan membuat susulan dan pemantauan berkenaan status kemajuan projek dan juga isu yang dihadapi dari masa ke semasa bersama pihak syarikat dan agensi yang berkaitan.