Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
112) PELABURAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif yang dilakukan untuk menarik pelabur luar bagi merancakkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Negeri Selangor?
Dalam usaha mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi serta merancakkan aktiviti pelaburan, Kerajaan Negeri telah mengariskan beberapa strategi atau perancangan untuk menarik pelabur luar melabur di Negeri Selangor yang melibatkan program – program promosi, penyediaan fasiliti pelaburan dan juga insentif kepada pelabur untuk melabur di Negeri Selangor. Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi khususnya dalam industri Bioteknologi antara industri tumpuan yang diberi penekanan di Selangor.
Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (SBAP) 2021 – 2030 yang telah diterbitkan oleh Kerajaan Negeri akan menjadi panduan dalam merangka program – program pembangunan serta mempertingkatkan pertumbuhan industri bioteknologi di Negeri Selangor. Bagi melaksanakan pelan tindakan tersebut, Unit khusus yang dikenali sebagai Selangor Biotech Coordination Office (SBIOCO) telah diwujudkan dibawah Invest Selangor yang berperanan untuk menggerakkan perancangan yang telah dibukukan dalam Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (2021 – 2030).
Selangor Lab Partnership Program adalah salah satu daripada pelan tindakan didalam ’Selangor Biotechnology Action Plan (SBAP) 2021-2030’ bagi ’Action Plan-10’ iaitu ’Utilise and Link Partner Labs at IHLs (Institute Higher Learnings) and RIs (Research Institutes). Inisiatif ini bertujuan membantu pemain industri untuk memanfaatkan kemudahan penyelidikan dan sumber kepakaran di institusi akademik, serta menggalakkan kerjasama kolaborasi antara Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Penyelidikan tempatan dan pemain industri. Melalui inisiatif ini, ianya dapat menggalakkan penyelidikan dan pembangunan inovatif serta berpontensi merapatkan hubungan dan kerjasama antara pihak akademi dan pemain industri dalam sektor sains hayat di Selangor.
Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor merancang untuk menganjurkan SEMICON South East Asia (SEA) 2024 yang dijadualkan akan diadakan pada 28 – 30 Mei 2024. Pameran khusus bagi sektor semi-konduktor ini diadakan untuk mempamerkan rantaian bekalan pembuatan dalam industri mikroelektronik, dan fotovoltaik. Pameran ini merupakan kesinambungan pameran daripada SEMICON SEA 2023 berlangsung di Pulau Pinang yang telah disertai oleh lebih 570 reruai (booth) daripada 17 negara. Melalui penganjuran program ini, ianya dapat mengukuhkan pengaruh Selangor dalam sektor pembuatan khususnya industri mikroelektronik dan fotovoltaik di mata dunia
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan program Selangor R&D & Innovation Expo (SRIE) yang merupakan salah satu komponen dalam Selangor International Business Summit (SIBS) 2023 sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan pertumbuhan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Negeri Selangor,