Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

109) PELABURAN ASING DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Seranaikan pelaburan lansung asing (FDI) di Selangor pada tahun 2015 dan 2016.

    Senarai pelaburan langsung asing (FDI) di Selangor pada tahun 2015 dan 2016 seperti jadual berikut;-

    Projek perkilangan yang diluluskan mengikut penglibatan pelabur asing di Negeri Selangor bagi tahun 2015

     

    Negara

     

    Projek

    Peluang Pekerjaan Modal Pelaburan Asing (RM)
    Japan 23 1,959 1,266,833,011
    Korea Rep. 10 757 1,056,239,819
    Sweden 1 30 613,519,399
    Singapore 12 1,130 254,961,209
    Norway 2 452 74,893,010
    United Arab Emirates (UAE)  

    2

     

    69

     

    70,743,535

    United Kingdom 3 184 68,125,059
    British Virgin Island 3 437 59,396,250
    Egypt 1 98 58,100,000
    China 5 279 45,041,940
    Taiwan 4 536 42,108,763
    Germany 7 134 29,892,138
    Iran 1 61 27,284,000
    India 3 54 25,918,100
    United States 4 73 17,277,700
    Mauritius 1 98 15,300,000
    Bermuda 1 69 11,489,604
    Cayman Island 1 43 9,320,954
    Pakistan 2 124 6,959,497
    Italy 2 21 6,848,160
    Rep. of Yemen 1 35 5,844,440
    Hong Kong 1 68 4,908,922
    France 1 10 3,351,392
    Nepal 1 20 2,824,001
    Brazil 1 11 742,900
    Hungary 1 13 690,000
    Australia 2 19 399,550
    Canada 1 30 330,328
    Netherlands 1 0 0
    Lain – Lain Negara 3 133 1,980,001
           
    Jumlah *** *** 3,781,323,682
    • Sumber : MIDA

    Projek perkilangan yang diluluskan mengikut penglibatan pelabur asing di Negeri Selangor bagi tahun 2016.

     

    Negara

     

    Projek

    Peluang Pekerjaan Modal Pelaburan Asing (RM)
    Singapore 4 687 191,830,823
    United Arab Emirates (UAE)  

    1

     

    35

     

    69,256,700

    Germany 1 106 52,909,375
    Italy 1 101 52,050,000
    Switzerland 1 52 44,191,000
    India 1 77 38,609,845
    Hong Kong 1 68 6,233,850
    Netherlands 1 76 6,120,000
    Japan 3 36 3,034,598
    United Kingdom 1 7 2,420,600
    British Virgin Island 1 2 2,178,831
    Korea Rep. 1 2 319,802
    Lain – Lain Negara 6 734 9,039,496
    Jumlah *** *** 478,194,920
    • Sumber : MIDA

     

  2. Adakah usaha-usaha Kerajaan Negeri menghantar rombongan penggalak pelaburan ke luar negara telah berjaya meningkatkan minat pelabur asing untuk melabur di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Usaha penggalakan pelaburan ke luar negara sememangnya telah meningkatkan minat pelabur asing untuk menerokai peluang-peluang yang ada di Negeri Selangor. Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri lebih memberi tumpuan kepada sektor aero angkasa, sains hayat, teknologi bio, e-dagang dan halal. Sektor-sektor ini semakin mendapat tempat selari dengan perkembangan ekonomi dunia yang kini lebih menjurus kepada perniagaan atas talian, sains dan teknologi bio serta

    Namun begitu, para pelabur ini mengambil masa di antara enam (6) bulan hingga ke satu (1) tahun atau malah dua (2) tahun dalam membuat keputusan untuk melabur di negara asing. Hal ini kerana para pelabur mengambil kira pelbagai aspek terutamanya kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara, disamping implikasi kewangan syarikat dalam mendapatkan lokasi yang strategik, keperluan pekerja, logistik untuk pengedaran bahan mentah dan barang siap serta kemudahan infrastruktur di satu-satu lokasi.

    Selain daripada itu, misi penggalakan pelaburan ke luar negera ini juga turut memberikan penekanan di dalam usaha untuk mempromosikan Selangor International Expo 2016 di mana sektor yang terlibat di dalam expo tersebut telah diberi penekanan di dalam misi promosi di luar negara. Hasilnya hanya akan dapat dilihat semasa Expo yang akan diadakan pada Oktober ini.

    Untuk menjadikan Selangor terkenal di kalangan negara-negara ASEAN, Kerajaan negeri perlu mempelajari bagaimana sesuatu industri di negara luar negara berkembang pesat dan bagaimana industri berkenaan bermula. Pengalaman-pengalaman dari agensi-agensi luar negara juga diambil kira bagi memajukan sesuatu industry di Selangor. Sebagai contoh, Selangor Bio Bay diilhamkan hasil daripada lawatan kerja ke San Francisco pada tahun lalu dan ianya kini sedang dalam proses pembangunan. Ini adalah antara hasil yang diperolehi daripada lawatan ke luar negara.

    Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan mengambil tindakan susulan disamping sentiasa membantu dan memantau pelabur-pelabur yang berpotensi hasil dari maklumbalas yang diperolehi dari lawatan penggalakkan pelaburan ke luar negara.

    Berikut merupakan sektor-sektor yang banyak menerima maklumbalas/pertanyaan ketika lawatan penggalakkan pelaburan diadakan di luar negara:

    NEGARA SEKTOR
    Singapore Aeroangkasa
    Australia Bioteknologi
    Korea Selatan Bioteknologi, Sains Hayat, Bio Medik, Farmaseutikal, Kosmetik

     

    Lawatan sambil belajar ke Technology Park

    Vietnam Halal (Pembuatan Makanan)

     

    Lawatan sambil belajar ke Industrial Park

    Thailand Halal (Pembuatan Makanan)
    USA Bioteknologi, Start Up Company
    UAE Halal (Pembuatan Makanan), Peruncitan & Francais, Logistik
    Jepun Industri Halal, Bioteknologi
    China E-dagang, Start Up Company, halal
    Taiwan E-dagang,    Start    Up    Company,    Halal                      (Pembuatan Makanan), Farmaseutikal, Kosmetik
    United Kingdom Aeroangkasa

Lampiran

Tiada Lampiran.