Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

137) PELABURAN ASING

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan baru dalam meningkatkan lagi pelaburan asing ke Selangor?

    Antara rancangan-rancangan baru yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan asing di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • Menggalakkan penyertaan pelabur-pelabur asing bukan sahaja di sektor perkilangan, tetapi juga di sektor lain seperti pembangunan taman tema, pembangunan institusi, projek-projek infrastruktur dan lain-lain lagi.
    • Perancangan untuk membuka kawasan-kawasan perindustrian dengan konsep-konsep baru yang lebih menarik dan kondusif. Perancangan ini masih dalam peringkat kajian lanjut.
    • Meningkatkan jaringan perhubungan dengan kedutaan-kedutaan asing di negara ini, Dewan-Dewan Perniagaan Asing (Foreign Business Council) yang ada di Malaysia atau di Luar Negara seperti Acensia di Belgium, Swissmen (Swiss Machinery, Equipment and Manufacturer) di Switzerland.
    • Meningkatkan peiklanan di media cetak dan media elektronik untuk edaran tempatan dan antarabangsa seperti berikut:-
    • Media Cetak
      1. The Edge,
      2. Malaysia Business,
    • Going Places,
    • Upward Magazine,
    • MGCC Megazine, FDI Megazine,
    • Going Places Megazin
    • Nikkei Business Magazine
    • Site Selection Magazine
    • Media Elektronik
    • The Edge E-Publication,
    • KLIA TV
    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan dalam bentuk video di KLIA TV.
    • Meningkatkan kerjasama dengan institusi-institusi kemahiran, dan pengajian tinggi milikan awam mahupun swasta dalam menyediakan tenaga kerja mahir untuk keperluan sektor perindustrian.
    • Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenalpasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi di Selangor.
  2. Berapakah penambahan peluang pekerjaan dari pelaburan asing di Selangor dalam tahun 2012?

    Bagi tahun 2012, sebanyak 11,916 potensi peluang pekerjaan diwujudkan hasil dari projek-projek perkilangan yang diluluskan di Selangor melibatkan penyertaan pelaburan asing. Manakala pada tahun 2013 adalah sebanyak 14,699 peluang pekerjaan.

  3. Nyatakan jenis-jenis pelaburan utama yang memberi sumbangan kepada pendapatan Selangor

    Jenis pelaburan utama yang memberi sumbangan kepada Selangor bagi tahun 2012 dan 2013 adalah seperti jadual berikut;-

    Jadual c (1) : Projek Perkilangan Yang Diluluskan Di Selangor Mengikut Industri Bagi Tahun 2012
    Industri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Transport Equipment 39 7,100 4,155,073,747 797,531,687 4,952,605,434
    Electronics &

    Electrical Products

    26 2,878 308,037,371 1,326,343,367 1,634,380,738
    Food Manufacturing 20 2,215 914,567,568 326,156,559 1,240,724,127
    Basic Metal Products 15 999 471,354,172 274,147,500 745,501,672
    Machinery & Equipment 31 1,978 208,326,322 339,234,424 547,560,746
    Chemical & Chemical Products 20 508 164,146,320 330,536,732 494,683,052
    Paper, Printing & Publishing 6 555 96,173,458 309,767,573 405,941,031
    Plastic Products 27 1,478 213,286,081 128,578,382 341,864,463
    Beverages & Tobacco 2 876 84,841,437 220,563,301 305,404,738
    Fabricated Metal Products 18 1,036 156,948,165 98,202,265 255,150,430
    Petroleum Products (Inc. Petrochemicals) 5 490 117,137,400 124,772,518 241,909,918
    Rubber Products 9 885 125,800,811 30,206,773 156,007,584
    Furniture & Fixtures 9 708 89,092,135 17,449,200 106,541,335
    Textiles & Textiles Product 7 488 42,602,021 56,957,379 99,559,400
    Wood & Wood Products 7 313 46,416,174 36,554,476 82,970,650
    Non-Metallic Mineral Products 4 111 68,931,386 12,021,433 80,952,819
    Scientific &

    Measuring

    Equipment

    6 89 32,641,798 300,000 32,941,798
    Leather & Leather Products 1 12 10,118,000 0 10,118,000
               
    Jumlah 252 22,719 7,305,494,366 4,429,323,569 11,734,817,935
    Jadual c (2) : Projek Perkilangan Yang Diluluskan Di Selangor Mengikut Industri Bagi Tahun 2013
    Industri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Transport Equipment 37 3,533 2,088,570,068 1,121,368,387 3,209,938,455
    Rubber Products 7 7,234 1,960,994,904 349,492,917 2,310,487,821
    Food Manufacturing 22 1,952 244,770,385 548,284,552 793,054,937
    Electronics & Electrical Products 26 1,477 185,271,109 408,307,021 593,578,130
    Chemical & Chemical Products 21 645 265,992,312 234,057,228 500,049,540
    Machinery & Equipment 28 1,810 263,803,117 210,128,875 473,931,992
    Scientific & Measuring Equipment 9 2,019 309,406,945 146,873,398 456,280,343
    Fabricated Metal Products 29 1,485 176,925,949 247,397,296 424,323,245
    Plastic Products 14 1,098 213,259,720 164,385,386 377,645,106
    Beverages & Tobacco 1 194 49,280,735 138,027,265 187,308,000
    Paper, Printing & Publishing 7 829 157,928,045 22,120,000 180,048,045
    Non-Metallic Mineral Products 6 407 105,439,694 13,495,182 118,934,876
    Wood & Wood Products 6 369 47,136,974 12,266,000 59,402,974
    Basic Metal Products 6 212 56,205,292 1,312,217 57,517,509
    Furniture & Fixtures 5 166 42,682,061 2,979,681 45,661,742
    Textiles & Textiles Product 3 56 25,934,601 4,799,536 30,734,137
    Petroleum Products (Inc. Petrochemicals) 1 33 14,110,000 0 14,110,000
               
    Jumlah 228 23,519 6,207,711,911 3,625,294,941 9,833,006,852

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.