Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
8) PELABURAN ASING
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang akan melabur di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2024.
Berdasarkan rekod, ketika ini pihak Invest Selangor sedang memantau 63 projek yang kini berada dalam fasa akhir sebelum pemeteraian perjanjian sewa atau beli.
Projek-projek ini telah melalui fasa lawatan tapak yang menunjukkan komitmen yang tinggi untuk melabur di Selangor. Pelaburan yang dijangka daripada projek tersebut adalah kira-kira RM8 bilion.
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang telah melabur di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2024.
Jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan dalam sektor pembuatan / perkilangan di Selangor dari tahun 2008 hingga Mac 2024 seperti berikut;-
-
Nyatakan jumlah jangkaan pelaburan yang melabur di Selangor pada tahun 2025.
Jumlah jangkaan pelaburan yang melabur di Selangor pada tahun 2025 hanya akan dapat dianggarkan setelah unjuran dilakukan berdasarkan prestasi pelaburan semasa.