Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

39) PELABURAN ASING

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak pelaburan (asing dan domestik) yang berjaya ditarik oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini dan meminta satu senarai pelaburan-pelaburan ini.

    Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2008 sebanyak 183 projek perkilangan dengan
    nilai pelaburan berjumlah RM 10,374,003,912.55 telah diluluskan penempatan projeknya
    di Negeri Selangor. Daripada jumlah ini sebanyak RM 5,285,784,579.75 adalah
    daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 5,088,219,322.80 adalah daripada
    pelaburan asing.
    Senarai pelaburan-pelaburan adalah seperti dilampiran.

  2. Apakah sasaran Kerajaan Negeri untuk tahun 2009 dan rancangan serta program Kerajaan Negeri untuk mencapai angka ini?

    Bagi tahun 2009, Kerajaan negeri mensasarkan pelaburan melebihi RM 8 bilion. Bagi
    mencapai sasaran ini beberapa langkah dan strategi sedang dan akan dilaksanakan
    seperti berikut;-
    i. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan
    yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
    ii. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan
    perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum
    balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di
    Selangor.
    iii. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan
    kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    iv. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    v. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak
    menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan
    yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang
    ditubuhkan di setiap PBT.
    vi. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
    memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
    mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
    vii. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di
    semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    viii. Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi
    perkhidmatan.
    ix. Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    x. “Hand hold” program.
    xi. Panganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara

Lampiran

Tiada Lampiran.