Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

5) PELABURAN ANTARABANGSA KE SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah impak pandemik COVID-19 memberikan kesan kepada prestasi pelaburan ke negeri Selangor?

    Secara dasarnya, penularan pandemik COVID-19 memberi kesan besar terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga senario pelaburan semasa. Namun begitu, jika dibandingkan prestasi pelaburan bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 dan tempoh yang sama bagi tahun 2021, Selangor mencatatkan prestasi yang menggalakkan di mana nilai pelaburan yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 sebanyak RM 4.64 bilion dan lebih tinggi dari nilai pelaburan yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 iaitu sebanyak RM 3.39 bilion. Jumlah projek perkilangan yang diluluskan adalah sama iaitu sebanyak 122 projek.

    Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2020 (Jan-Jun) 122 5,001 1,826,844,465 1,559,736,051 3,386,580,516
    2021 (Jan-Jun) 122 9,179 4,062,465,830 576,987,108 4,639,452,938
               
    Jumlah 244 14,180 5,889,310,295 2,136,723,159 8,026,033,454

     

    * Sumber : MIDA

  2. Apakah strategi khusus selain daripada Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor dan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor untuk menarik pelaburan asing ke negeri Selangor?

    Dalam usaha menarik pelaburan asing ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui agensi penggalakkan pelaburan negeri iaitu Invest Selangor sentiasa sentiasa melaksanakan berbagai program dalam usaha memastikan Negeri Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh Pelabur sebagai destinasi pelaburan mereka.

     

    Selain strategi khusus seperti Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor dan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor, Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan beberapa startegi seperti berikut;-

     

    1. PENGANJURAN SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT 2022

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad selaku penganjur akan meneruskan perlaksanaan program Selangor International Business Summit Hybrid 2022 (SIBS 2022)’ sebagai medium untuk mempromosikan peluang – peluang pelaburan dan perdagangan di Negeri Selangor.

     

    Objektif penganjuran program ini untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai Hub Perdagangan Global dirantau ASEAN dan juga memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan serta memberi peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama perniagaan untuk kepentingan bersama.

     

    Program ini dapat memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk meneroka pasaran luar negara serta mewujudkan komuniti perdagangan antara Selangor dan Negara – Negara luar serta menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan serta hub perdagangan bagi rantau ASEAN

    Antara komponen – komponen program:

    1. Selangor International Expo (F&B)
    2. Selangor International Expo (MEDIC)
    3. Selangor Industrial Park Expo (SPARK)
    4. Selangor ASEAN Business Conference (SABC)
    5. Selangor Smart City and Digital Economy (SDEC)
    6. Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE)

     

    1. PENUBUHAN JAWATANKUASA PETUGAS KHAS PROJEK PEMBANGUNAN SELANGOR GOLDEN TRIANGLE (SGT) YANG MELIBATKAN DAERAH SEPANG DAN KUALA LANGAT.

     

    1. Dalam membantu merancakkan pembangunan ekonomi serta perlaksaaan projek oleh pihak swasta, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan cadangan penubuhan sebuah Jawatankuasa Petugas Khas Projek Pembangunan Selangor Golden Triangle (SGT) yang akan membantu menyelaras perlaksanaan pembangunan beberapa projek mega yang melibatkan daerah Sepang dan Kuala Langat.
    2. Jawatankuasa Petugas Khas ini akan berperanan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam membantu merealisasikan perlaksanaan cadangan projek pembangunan disamping membantu menyelesaikan isu – isu yang berbangkit.
    3. Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas di peringkat negeri ini juga secara langsung menunjukkan inisiatif dan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu pihak swasta membangunkan dan merancakkan aktiviti ekonomi di Selangor, khususnya di daerah Sepang dan Kuala Langat.
    4. Cadangan pembangunan hartanah yang dirancang oleh syarikat – syarikat ini secara dasarnya akan membawa limpahan pembangunan serta dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi di daerah Sepang dan Kuala Langat khususnya.

     

    1. PENUBUHAN MAJLIS INDUSTRI REL NEGERI SELANGOR (SELANGOR RAIL INDUSTRY COUNCIL)

     

    1. Dalam melaksanakan agenda pemakmuran negeri dan peningkatan kualiti hidup rakyat, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Industri Rel Negeri Selangor yang akan memberikan tumpuan khusus terhadap pembangunan industri rel di Negeri Selangor.
    2. Objektif penubuhan Majlis Industri Rel Negeri Selangor adalah;-

     

    • Memberikan dokongan kepada pengukuhan perkembangan industri rel di Negeri Selangor.
    • Memberikan pandangan kepada Kerajaan Negeri tentang halatuju industri rel di negeri Selangor.
    • Membangunkan ekosistem industri rel di negeri Selangor.
    • Menjadikan industri rel di Selangor sebagai salah satu industri yang memberi impak besar kepada ekonomi negeri.

    3.  Majlis Industri Rel Negeri Selangor ini kelak akan berperanan untuk;-

    1. Meningkatkan potensi pelaburan di dalam industri rel dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di Selangor;
    2. Merancang dan merangka program-program pembangunan dan promosi industri rel di negeri Selangor.

    4.  Dengan penubuhan Majlis ini, Kerajaan Negeri berpeluang mencipta peluang – peluang tempatan dan antarabangsa dengan memakmurkan kerjasama strategik peringkat negeri dengan industri, seperti yang dapat dilihat kepada perubahan komposisi perdagangan rel antarabangsa sejak 10 tahun lalu

     

    1. PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN YANG KONDUSIF DAN PENERBITAN GARIS PANDUAN CADANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN BERKONSEPKAN MANAGED INDUSTRIAL PARK (MIP)

     

    1. Dalam hasrat untuk menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada pelabur, Kerajaan Negeri telah mewujudkan “Garis Panduan Cadangan Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP)”.
    2. Menerusi konsep pembangunan ini, pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan infra dan kebersihan dalam kawasan industri dibawah tanggung jawab Pengurusn Taman Perindustrian / Industrial Park Manager (IPM).
    3. Garis panduan yang diterbitkan ini akan menerangkan konsep pembangunan kawasan perindustrian, komponen pembangunan yang perlu disediakan, tatacara proses kelulusan cadangan pembangunan, kaedah pengurusan dan juga skop penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan oleh Industrial Park Manager (IPM).
    4. Perlaksanaan cadangan pembangunan kawasan perindustrian berkonsepkan MIP ini diharapkan dapat membantu menyediakan kawasan perindustrian yang selesa, selamat dan diurus senggara dengan baik, mengurangkan isu – isu yang melibatkan penyelenggaraan infra dan kebersihan, menangani isu pekerja asing dengan penyediaan asrama pekerja secara berpusat, penjenamaan imej serta mewujudkan nilai tambah kepada kawasan perindustrian di Negeri Selangor.

     

     

    1. PROGRAM – PROGRAM PERTEMUAN BERSAMA INDUSTRI.

     

    1. Program – program networking dan sesi pertemuan dan perbincangan bersama pelabur secara maya (virtual) diteruskan bagi menyantuni pelabur yang sedia ada di Negeri Selangor. Mesyuarat atau perbincangan diadakan dari masa ke semasa untuk membantu menyelesaikan isu – isu yang berbangkit.
    2. Program menyantuni pelabur yang diadakan secara berterusan ini dapat mewujudkan suasana pelaburan harmoni di Selangor bagi menggalakkan pelaburan baru atau penambahan / pengembangan pelaburan sedia ada.
    3. Selain usaha menarik pelaburan, Kerajaan Negeri juga turut membantu pihak pelabur dalam proses – proses pelaksanaan pelaburan mereka dan membantu menyelesaikan isu berbangkit menerusi mesyuarat penyelarasan projek yang diadakan setiap bulan.
    4. Dalam menyediakan persekitaran kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada pihak pelabur, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu – isu yang berbangkit. Kerajaan Negeri yakin, usaha – usaha penggalakkan pelaburan yang dirangka dan dilaksanakan mampu memberikan keyakinan kepada pelabur untuk melabur dan membuat penambahan pelaburan sedia ada.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.