Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

265) PELABURAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif yang disediakan kerajaan Selangor untuk menarik pelaburan bagi tahun 2015?

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau ganjaran berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau asing.

    Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi samada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

    Dalam membantu menyelesaikan isu pelaburan yang berbangkit, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara bulanan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ EXCO bagi membincangkan permasalahan yang berbangkit dan membantu pihak pelabur untuk mempercepatkan proses penyelesaian dan proses pembangunan yang dicadangkan.

  2. Apakah pelan tindakan bagi memastikan pelaburan terus kekal di negeri Selangor?

    Pelan tindakan bagi memastikan pelaburan terus kekal di Negeri Selangor seperti berikut;-

    Bil. Dasar Strategi
    1. Mengekalkan sektor perindustrian dan perdagangan sebagi sektor penyumbang utama kepada KDNK Negeri. Mengekalkan prestasi pelaburan dengan sasaran pelaburan sebanyak RM 8 bilion setahun.
    2. Meningkatkan program promosi Penambahan peruntukan Jawankuasa Tetap Pelaburan,  Perindustrian  & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Pengangkutan sebanyak RM 10 juta bagi tahun 2015.
    3. Menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru. i.        Menggalakkan penglibatan pemaju swasta.
         

    ii. Cadangan pembukaan kawasan industri baru oleh pihak Kerajaan Negeri dan pemaju swasta dengan

    berkonsepkan gated&guarded.

    4. Menjadikan Selangor sebagai Pusat Perdagangan Menggalakkan pertumbuhan aktiviti perdagangan menerusi program-program pameran dan kerjasama dengan dewan- dewan perniagaan tempatan.
    5. Membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) meluaskan pasaran ke peringkat global Menggalakkan penglibatan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam aktiviti e- commerce.
    6. Selangor             sebagai             Pusat Perdagangan (TradeCentre) Mensasarkan perdagangan sebagai aktiviti utama dan menjadikan selangor sebagai Pusat Perdagangan (TradeCentre)
    7. Konsep Mesra Pelabur i.   Mengadakan pertemuan dengan pihak pelabur, kedutaan asing serta dewan- dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi mendapatkan maklum balas dan mewujudkan networking.

    ii.    Membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

     

        iii.    Membantu mempercepatkan proses kelulusan projek dan perlaksanaan pembangunan.

    iv.   Menyediakan maklumat sebagai bahan rujukan para pelabur.

    v.   Menyediakan kawasan industri yang selesa dan kondusif

    vi.   Mempertingkatkan             keberkesanan IndustrialParkManagementCommittee dalam membantu menyelesaikan isu

    berbangkit.

  3. Berapakah jumlah perolehan yang dikutip hasil dari industri pelaburan dari tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya?

    Nilai pelaburan di sektor perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor pada tahun 2008 sehingga 2014 adalah sebanyak RM 624 bilion. Dari jumlah ini, sebanyak RM 32.969 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 33.656 bilion daripada pelabur asing.

    Manakala bagi tempoh 2001 hingga 2007, Negeri Selangor telah menerima sebanyak RM 45.787 bilion dengan RM 26.074 bilion disumbangkan oleh pelabur tempatan dan sebanyak RM 19.713 bilion daripada pelabur asing.

     

    TAHUN

    PROJEK PERKILANGAN YANG DILULUSKAN DI SELANGOR BAGI TAHUN 2001 – 2007
    PROJEK PELUANG PEKERJAAN PELABURAN TEMPATAN (RM) PELABURAN ASING (RM) JUMLAH MODAL PELABURAN (RM)
    2001 302 24,554 1,885,390,569 3,939,896,572 5,825,287,141
    2002 239 15,220 2,082,338,671 1,760,600,555 3,842,939,226
    2003 305 19,042 2,680,294,303 2,376,311,510 5,056,605,813
    2004 335 24,140 4,696,822,675 1,353,447,686 6,050,270,361
    2005 338 22,567 4,684,746,834 3,817,131,915 8,501,878,749
    2006 312 24,831 3,054,241,068 2,274,343,250 5,328,584,318
    2007 318 25,443 6,989,739,432 4,191,710,937 11,181,450,369
               
    JUMLAH 2,149 155,797 26,073,573,552 19,713,442,425 45,787,015,977

    Sumber : MIDA

     

     

     

    TAHUN

    PROJEK PERKILANGAN YANG DILULUSKAN DI SELANGOR BAGI TAHUN 2008 –

    2014

     

    PROJEK

    PELUANG PEKERJAAN PELABURAN TEMPATAN (RM) PELABURAN ASING (RM) JUMLAH MODAL

    PELABURAN (RM)

    2008 302 30,980 2,866,163,788 9,004,746,225 11,870,910,013
    2009 278 22,753 2,752,526,768 4,007,064,183 6,759,590,951
    2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    2011 263 20,750 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611
    2012 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
    2014 229 15,118 3,836,871,787 3,205,388,198 7,042,259,985
               
    JUMLAH 1,877 163,704 32,968,608,183 33,655,812,565 66,624,420,748

    Sumber : MIDA

     

Lampiran

Tiada Lampiran.