Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
75) PELABURAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha untuk menjadikan Selangor lebih kompetitif untuk menarik pelaburan domestik dan luar negara?
- Dalam usaha untuk menjadikan Selangor lebih kompetitif untuk menarik pelaburan domestik dan luar negara, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi. Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada 5 sektor industri utama iaitu;-
- Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics). ii. Peralatan Pengangkutan (Transport Equipments). iii. Sains Hayat (Life Sciences). iv. Makanan (Food Industries)
- Mesin & Peralatan (Machinery & Equipments)
Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang di negeri Selangor seperti;-
- E – Commerce
- Bio – Teknologi
- Aero – Angkasa
- Industri Halal
Bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan menarik pelaburan masuk ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah merangka beberapa strategi seperti berikut;-
Strategi jangka masa panjang;-
- Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian.
- Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui
Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-
- Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
- Halal International Selangor Council
- Selangor Aerospace Council
- Bio Tech – Council
- Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurangkurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.
- Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui media cetak dan elektronik.
- Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar Negara).
- Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.
- Pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan industri.
- Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded.
- Penganjuran Ekspo dan Forum bertaraf antarabangsa.
Strategi jangka masa pendek;-
- Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik.
- Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur.
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.
- Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap PBT.
- Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Berapakah pelaburan ke Negeri Selangor berbanding Negeri lain di Malaysia semenjak 2008 hingga kini?
Bagi tempoh 2008 hingga 2016, sebanyak 2,341 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 82,468,986,983 (RM 82.468 bilion). Selangor menduduki tangga kedua dari segi nilai pelaburan selepas Negeri Johor yang merekodkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM 128,494,316,908 (RM 128.494 bilion).
Kedudukan Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain di Malaysia seperti berikut;
Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Johor D.T. 1,545 156,508 72,743,017,445 55,751,299,463 128,494,316,908 Selangor D.E. 2,341 192,270 41,680,203,171 40,788,783,812 82,468,986,983 Sarawak 258 39,909 26,744,139,772 48,370,778,016 75,114,917,788 Pulau Pinang 1,108 139,133 19,506,851,213 39,722,986,257 59,229,837,470 Melaka 272 35,821 12,000,173,754 13,801,620,934 25,801,794,688 Kedah D.A. 381 40,012 5,771,518,765 18,337,099,912 24,108,618,677 Sabah 238 21,796 14,078,548,706 8,669,580,118 22,748,128,824 Perak D.R. 392 45,855 9,731,740,353 12,500,495,482 22,232,235,835 Negeri Sembilan D.K.
313 29,800 6,449,812,133 13,861,387,132 20,311,199,265 Pahang D.M. 165 15,306 6,837,493,111 11,079,600,754 17,917,093,865 Terengganu D.I.
90 13,469 5,256,619,649 8,357,542,766 13,614,162,415 Kelantan D.N. 44 5,809 2,854,477,288 875,513,994 3,729,991,282 W.P. – Kuala Lumpur 89 5,133 979,990,575 231,491,723 1,211,482,298 Perlis I.K. 12 883 375,365,712 109,994,700 485,360,412 W.P.- Labuan 8 227 85,163,389 45,256,730 130,420,119 Jumlah 7,256 741,931 225,095,115,036 272,503,431,793 497,598,546,829 Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Nota : Statistik pelaburan hanya dari tahun 2008 hingga 2016 sahaja kerana sehingga kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia masih belum mengumumkan statistik pelaburan yang terkini bagi tahun 2017