Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
344) PELABURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah pekerja asing di Negeri Selangor.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang yang mengemukakan pertanyaan.Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan statistik terkini Survei Tenaga Buruh (STB) suku tahunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penduduk bekerja bukan warganegara di Negeri Selangor adalah seramai 546.5 ribu orang pada suku kedua tahun 2024, meningkat 15.8 peratus berbanding 471.8 ribu orang pada suku sebelumnya.
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan pecahan pekerja asing mengikut sektor industri kerja.
Pecahan pekerja asing mengikut sektor industri kerja seperti berikut;-
-
Apakah insentif untuk kilang menggalakkan penggunaan automasi, AI dan IOT untuk mengurangkan tenaga pekerja asing?
Pihak Kerajaan Persekutan melalui MIDA ada menawarkan beberapa insentif kepada syarikat yang merancang untuk beralih kepada penggunaan automasi, AI dan IOT. Antara insentif yang ditawarkan seperti;-
- Application for New Automation Capital Allowance (Automation CA)
- Incentives for Reinvestment Under the NIMP 2030.