Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
24) PELABURAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan luar dan domestik yang diperolehi oleh Negeri Selangor dari Jan hingga Dis tahun 2007 ? Sila berikan butir-butir menerusi pecahan daerah
Bagi tempoh tahun 2007, sebanyak 318 projek perkilangan telah diluluskan di
Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM11,181,450,369. Dari
jumlah ini sebanyak RM 6,989,739,432 adalah daripada pelaburan tempatan
dan sebanyak RM 4,191,710,937 dari pelaburan asing. Sebanyak 25,443
peluang pekerjaan telah diwujudkan. Butiran pecahan mengikut daerah seperti
dilampirkan 1. -
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam menarik lebih banyak pelabur secara bandingan di antara tahun 2005, 2006 dan 2007 ?
Secara bandingan, prestasi pelaburan pada tahun 2007 mencatatkan
pertumbuhan menggalakkan di mana tahun 2007 jumlah tertinggi berbanding
tahun 2005 dan 2006. Sebanyak 318 projek perkilangan telah diluluskan pada
tahun 2007 dengan jumlah pelaburan bernilai RM11,181,450,369. Maklumat
terperinci seperti jadual berikut.
Projek Perkilangan Yang Diluluskan di Selangor Bagi Tahun 2005 Hingga 2007
– – — – —
Tahun Bil. Peluang Pelaburan Pelaburan Asing Jumlah Modal
Projek Pekerjaan Tempatan (RM) (RM) Pelaburan (RM)
2005 338 22,567 4,684,746,834 3,817,131,915 8,501,878,749
2006 312 24,831 3,054,241,068 2,274,343,250 5,328,584,318
2007 318 25,443 6,989,739,432 4,191,710,937 11,181,450,369
Jumlah 968 72,841 14,728,727,334 10,283,186,102 25,011,913,436 -
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh semua Negeri yang lain dalam tahun 2007 ?
Jumlah pelaburan yang diterima oleh semua negeri dalam tahun 2007 adalah
seperti jadual berikut;
Projek Perkilangan Yang Diluluskan Mengikut Pecahan Negeri Bagi Tahun 2007
Sumber: Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)
– — — – – – — – – – – – – – —
Negeri
Bil. Peluang Pelaburan Pelaburan Asing Jumlah Modal
Projek Pekerjaan Tempatan (RM) (RM) Pelaburan (RM)
w. P. Kuala
Lumpur 12 537 52,761,459 39,594,450 92,355,909
W. P. Labuan 0 0 0 0 0
Selangor 318 25,443 6,989,739,432 4,191,710,937 11,181,450,369
Pulau Pinang 134 8,833 1,625,246,462 3,143,414,785 4,768,661,247
Perak 59 8,353 651,687,036 1,382,919,999 2,034,607,035
Johor 188 25,772 2,495,412,449 6,747,426,115 9,242,838,564
Neaeri Sembilan 40 7,982 493,616,883 2,181,946,337 2,675,563,220
Melaka 38 5,292 1,618,503,951 2,219,208,654 3,837,712,605
Kedah 46 5,288 7,856,661,494 6,133,555,679 13,990,217,173
Pahang 28 1,467 406,893,791 1,156,870,397 1,563,764,188
Kelantan 9 1,429 52,576,800 30,090,000 82,666,800
Terengganu 11 1,933 2,772,157,162 3,391,072,131 6,163,229,293
Perlis 2 178 7,110,000 0 7,110,000
Sabah 41 2,820 1,080,883,461 2,176,661,327 3,257,544,788
Sarawak 23 2,346 403,047,608 631,418,240 1,034,465,848
Jumlah 949 97,673 26,506,297,988 33,425,889,051 59,932,187,0399Sumber: Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)