Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

195) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan levi ke atas para majikan berjumlah RM10 sebulan untuk setiap pekerja asing yang dicadangkan di Negeri Selangor?

    Levi kepada majikan untuk pekerja asing cumalah cadangan bagi menyelesaikan masalah bekerja asing. Kerajaan tidak laksanakan lagi.

  2. Mohon dinyatakan secara terperinci perbelanjaan lengkap Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri yang telah dinyatakan dalam dewan yang mulia ini berjumlah RM50 Bilion

    Perbelanjaan lengkap Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri yang dinyatakan bernilai RM50 bilion.

    Pada awal pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor terdapat lima perkara yang akan diberi keutamaan iaitu:

    • Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rizab.
    • Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem transit aliran ringan (LRT).
    • Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
    • Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula kawasan terbiar termasuk di Petaling Jaya dan Klang.
    • Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

    Namun demikian itu, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan supaya Program Peningkatan Hasil Padi diserapkan ke dalam pakej rangsangan ini.

    Perbelanjaan ini terdiri daripada dua komponen, iaitu dari Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat-syarikat yang akan dijemput untuk membuat Joint-Venture (atau usaha-sama) dengan Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri hanya akan mengeluarkan perbelanjaan untuk start-up sahaja, iaitu untuk memastikan bahawa kerja-kerja awal (initial groundwork) oleh jabatan-jabatan tertentu dilakukan terlebih dahulu. Contoh kerja-kerja awal termasuk menjalankan kaji selidik dan proses pemetaan.

    Selepas semua maklumat awal diperoleh, syarikat akan dilantik dan perjanjian dibuat dengan mereka supaya suatu PPP dapat dicapai

Lampiran

Tiada Lampiran.