Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
131) PELABURAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun 2011 secara perbandingan dengan tahun 2008 dan tahun kedua 2009,mengikut pecahan daerah ?
Jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga
April secara perbandingan dengan tahun 2008, 2009 dan 2010 adalah seperti berikut;-
Tahun Projek Pekerjaan Pelaburan Tempatan
(RM)
Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal pelaburan (RM) 2008 (Jan.-Apr) 75 4,637 547,500,900 1,593,667,971 2,141,168,871 2009 (Jan.-Apr) 93 1,009,515,227 673,733,098 1,683,248,325 2010 (Jan.-Apr) 92 6,175 1,178,505,563 834,821,197 2,013,326,760 Sumber : MIDA
-
Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi setengah tahun yang pertama 2011 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?
Prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi setengah tahun yang pertama 2011 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain adalah seperti berikut;-
Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
Negeri Projek Pekerjaan Johor 63 11,498 2,713,090,182 821,052,173 3,534,142,355 Penang 30 6,418 979,282,286 2,261,279,270 3,240,561,556 Selangor 80 4,621 1,608,638,345 1,585,246,668 3,193,885,013 Sarawak 7 1,062 2,243,974,894 655,989,956 2,899,964,850 Melaka 14 5,378 262,710,289 1,408,091,548 1,670,801,837 Negeri Sembilan 12 600 670,839,356 555,536,832 1,226,376,188 Terengganu 6 1,843 225,171,706 886,700,000 1,111,871,706 Perak 7 1,628 459,945,251 34,581,129 494,526,380 Pahang 10 277 107,558,990 335,774,884 443,333,874 Kedah 17 2,476 38,543,240 338,221,545 376,764,785 W. P. Kuala Lumpur 8 522 114,188,155 95,373,844 209,561,999 Sabah 14 807 169,836,959 36,439,050 206,276,009 Kelantan 3 245 2,240,573 6,651,000 8,891,573 Perlis 1 16 3,860,520 0 3,860,520 W. P. Labuan 0 Jumlah 272 37,391 9,599,880,746 9,020,937,899 18,620,818,645 Sumber : MIDA
-
Sila nyatakan apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dan langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha meningkatkan lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor ?
Antara langkah-langkah yang lebih proaktif dan bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik lebih ramai pelabur FDI datang melabur ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-
- Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
- Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
- Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
- Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
- Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
- Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
- Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan.
- Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan. xi. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara.
- Bekerjasama dengan pihak swasta dan badan-badan perniagaan bagi menarik pelaburan dari luar negara.
- Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.
- Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan