Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

101) PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan tahun pertama 2008 dan tahun kedua 2009,mengikut pecahan daerah ?

    1. Jumlah pelaburan yang diterima Negeri Selangor bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut:-

     

    Tahun 2008 2009 2010
     

    Daerah

     

    Projek

    Jumlah Modal Pelaburan (RM)  

    Projek

    Jumlah Modal

    Pelaburan (RM)

     

    Projek

    Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling 126 5,333,853,646 126 3,405,006,172 128 4,386,380,246
    Klang 80 1,651,904,209 61 1,731,532,333 81 3,137,945,930
    Kuala Selangor 11 212,583,221 9 93,610,762 14 467,933,174
    Hulu Langat 33 549,989,351 34 474,690,574 33 449,761,246
    Gombak 26 340,142,611 20 428,748,809 28 321,803,981
    Kuala Langat 13 865,394,198 13 180,013,252 19 464,865,522
    Hulu Selangor 3 180,168,062 5 400,783,000 4 44,955,000
    Sepang 2 2,634,940,315 1 924,000 8 551,324,000
    Sabak Bernam 1 2,148,400 1 9,500,000 1 5,639,302
    Lain-Lain Kawasan 7 99,786,000 8 34,782,050 9 811,227,000
    Jumlah 302 11,870,910,013 278 6,759,590,952 325 10,641,835,401

     

     

     

     

    Sumber : MIDA

  2. Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?

    1. Prestasi pelaburan yang dicatatkan bagi negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain amat menggalakkan dimana Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 10,641,835,401  dengan  325  projek selepas Pulau Pinang yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM 12,237,958,878 daripada 128 projek perkilangan yang diluluskan. Pecahan jumlah pelaburan mengikut negeri adalah seperti berikut;-

     

     

    Negeri

     

    Projek

     

    Pekerjaan

    Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Penang 128 21,618 1,786,853,018 10,451,105,860 12,237,958,878
    Selangor 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    Johor 172 14,915 4,861,167,970 2,603,746,673 7,464,914,643
    Sarawak 43 7,083 388,156,720 3,556,890,253 3,945,046,973
    Perak 49 5,396 1,393,042,344 1,646,663,971 3,039,706,315
    Terengganu 9 688 2,110,937,930 216,994,000 2,327,931,930
    Kedah 49 5,056 359,894,257 1,600,741,840 1,960,636,097
    Melaka 37 4,345 437,191,905 1,193,937,900 1,631,129,805
    Sabah 39 3,481 849,333,698 476,277,179 1,325,610,877
    Negeri Sembilan 35 4,227 219,289,190 1,073,317,852 1,292,607,042
    Pahang 13 745 30,880,756 1,007,856,425 1,038,737,181
    Kelantan 5 1,328 87,331,000 82,224,000 169,555,000
    W. P. Kuala Lumpur 4 332 55,046,132 0 55,046,132
    Perlis 1 210 31,440,000 0 31,440,000
    W. P. Labuan 1 30 14,866,935 0 14,866,935
    Jumlah 910 97,319 18,120,418,408 29,056,604,801 47,177,023,209

    Sumber : MIDA

     

  3. Sila nyatakan apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dan langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor ?

    1. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

     

    1. Persaingan Dalam Dan Luar Negara Sebagai Destinasi Pelaburan Terbaik. Persaingan antara negara-negara di rantau ini seperti Thailand, Vietnam, China serta lain-lain negeri di Malaysia seperti Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan lain- lain yang menawarkan pakej pelaburan yang menarik serta kos pelaburan yang  jauh lebih

     

    Bagi menangani isu ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan PEMUDAH bagi melihat, meneliti dan meminda prosedur-prosedur pelaburan dan pembangunan agar kelulusan dapat diberikan dalam tempoh yang singkat.

     

    Selain itu, Unit-Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan telah ditubuhkan dengan tujuan utama untuk membantu para pelabur di peringkat perlaksanaan projek pembangunan serta membantu pihak pelabur mendapatkan kelulusan pembangunan yang diperlukan.

     

    1. Isu Keselamatan

    Kejadian rompakan kilang, peras ugut dan lain-lain kejadian jenayah yang melibatkan industri menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi sebagai destinasi pelaburan yang terbaik dan selamat.

     

    • Kos Pengeluaran Yang

    Harga kos pengeluaran yang tinggi seperti harga tanah, gaji utiliti dan lain-lain menyebabkan kos pengeluaran bagi syarikat yang beroperasi di Selangor tidak kompetitif.

     

    1. Harga tanah industri yang tinggi.

    Harga tanah industri yang tinggi disebabkan oleh peningkatan nilai hartanah di sekitar kawasan Lembah Klang menyebabkan kos untuk melabur di Negeri  Selangor amat tinggi berbanding negeri-negeri lain.

     

    Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri melalui PKNS cuba untuk melaksanakan konsep built and lease kepada pelabur bagi mengurangkan kos pembangunan kepada para pelabur yang berminat untuk melabur di Negeri Selangor.

     

    1. Kekurangan Bekalan Tenaga Kerja

    Syarikat menghadapi masalah kerana pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor perindustrian dan masalah mendapatkan kelulusan pekerja asing.

     

    Bagi menggalakkan penglibatan rakyat tempatan untuk bekerja di sektor perindustrian, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program Jom Kerja yang merupakan program temuduga secara terbuka yang diadakan  di  setiap  daerah bagi membantu pihak syarikat mencari pekerja disamping membantu rakyat Selangor mendapatkan pekerjaan. Sepanjang tahun 2010 sebanyak 7  program telah dilaksanakan seperti berikut;-

     

    • 9 – 10 / 1 /2010 – Dewan Serbaguna, PTD Klang

     

     

     

    • 3 – 4 / 4 / 2010 – UNISEL, Shah Alam
    • 18 – 19 /4/2010 – Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu, MDHS
    • 9/10/2010 – Dewan Serbaguna Pusat Latihan LKIM Bagan Lalang
    • 13/11/2010 – Dewan Dato’ Nazir Kompleks Penghulu, Hulu
    • 27/11/2010 – Sekolah Agama Al-Furqan Bandar Baru Selayang, Daerah Gombak.

    7)      14 – 15/ 12 /2010 – Dewan Jugra, MDKL.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri menerusi SSIC Berhad telah memetrai perjanjian persefahaman dengan Gabungan LIMA PPTKIS bagi membawa masuk pekerja- pekerja dari Indonesia untuk memenuhi keperluan  permintaan  sumber  tenaga kerja di Negeri Selangor.

     

    1. Kekurangan peruntukkan untuk menaiktaraf dan menyelenggara kawasan- kawasan industri yang sedia ada di Negeri Selangor.

    Kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan menghadapi masalah kekurangan peruntukkan bagi menaik taraf serta menyelenggara kawasan-kawasan perindustrian yang sedia ada di kawasan masing-masing. Antara isu-isu yang  sering dibangkitkan seperti;-

     

    • Penyelenggaraan dan menaiktaraf jalan industri
    • Penyelenggaraan dan menaiktaraf longkang
    • Penyelenggaraan lampu jalan.
    • Penyelenggaraan lanskap dan tanda arah jalan kawasan industri

     

    • Pembangunan Sumber Tenaga Mahir Dalam Beberapa Industri Teknologi Tinggi.

    Kekurangan pekerja mahir bagi memenuhi permintaan  seperti  industri  aeroangkasa dan solar kerana kekurangan pusat latihan yang menawarkan latihan dalam industri tersebut

     

Lampiran

Tiada Lampiran.