Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
177) PELABURAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis pelaburan yang menghasilkan pendapatan tertinggi di Negeri Selangor?
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2011, sebanyak 263 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA/MITI di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8,741,116,758. Sebanyak RM 4,504,853,012 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 4,236,263,746 adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 20,750 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.
Industri pembuatan peralatan kenderaan merupakan industri yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM 2,027,405,970 daripada 52 projek perkilangan yang diluluskan. Ini diikuti oleh industri pembuatan barangan elektrik dan elektronik sebanyak RM 1,422,718,129 daripada 27 projek dan industri pembuatan barangan makanan mencatatkan jumlah pelaburan ketiga tertinggi iaitu sebanyak RM 1,328,519,955 daripada 17 projek yang diluluskan.
Projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor mengikut industri bagi tempoh Januari hingga Disember 2011
Peluang Pelaburan Pelaburan Jumlah Modal Industri Projek Pekerjaan Tempatan (RM) Asing (RM) Pelaburan (RM) Transport Equipment 52 4,069 1,756,521,197 270,884,773 2,027,405,970 Electronics & Electrical
Products
27 4,370 182,203,111 1,240,515,018 1,422,718,129 Food Manufacturing
17 1,438 293,072,213 1,035,447,742 1,328,519,955 Basic Metal Products 13 922 383,321,003 673,162,784 1,056,483,787 Chemical & Chemical
Products
22 883 632,099,513 81,280,942 713,380,455 Fabricated Metal Products 16 708 332,146,504 180,820,120 512,966,624 Rubber Products 9 2,313 396,236,658 51,565,814 447,802,472 Non-Metallic Mineral Products
10 429 70,786,114 196,131,786 266,917,900 Paper, Printing & Publishing 4 356 16,134,218 230,692,797 246,827,015 Plastic Products 24 1,304 125,849,716 88,387,596 214,237,312 Machinery & Equipment 21 684 48,897,574 99,175,742 148,073,316 Wood & Wood Products 11 852 78,240,198 20,412,652 98,652,850 Furniture & Fixtures 18 1,395 65,858,406 17,896,351 83,754,757 Miscellaneous 6 407 44,049,143 11,810,445 55,859,588 Textiles & Textiles Product
6 345 36,993,111 8,763,888 45,756,999 Beverages & Tobacco 2 101 9,090,000 25,410,000 34,500,000 Scientific & Measuring
Equipment
2 63 20,745,000 0 20,745,000 Petroleum Products (Inc.
Petrochemicals)
3 111 12,609,334 3,905,296 16,514,630 Jumlah 263 20,750 4,504,853,013 4,236,263,746 8,741,116,759 Sumber : MIDA
-
Huraikan jenis-jenis pelaburan baru Kerajaan Pakatan Rakyat selain pelaburan sedia ada dari Kerajaan yang dahulu?
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2011, sebanyak 171 projek merupakan projek baru yang diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,383,755,006 (RM 4.383 bilion). Sebanyak 12,887 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan. Maklumat terperinci seperti jadual di bawah:-
Projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor mengikut status bagi tempoh Januari hingga Disember 2011.
Peluang Pelaburan Jumlah Modal Status Projek Tempatan Pekerjaan Asing (RM) Pelaburan (RM) (RM) Projek Baru 171 12,887 2,131,830,723 2,251,924,283 4,383,755,006 Penambahan / Pengambangan
Pelaburan
92 7,863 2,373,022,289 1,984,339,463 4,357,361,752 Jumlah 263 20,750 4,504,853,012 4,236,263,746 8,741,116,758 Pelaburan
Sumber : MIDA