Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
168) PELABURAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang telah berjaya pada suku keempat tahun 2019 dan suku pertama tahun 2020.
Bagi tempoh Januari hingga September 2019, sebanyak 232 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM16,430,142,330 (RM16.43 bilion). Dari jumlah ini, sebanyak RM5,257,321,620 (RM5.26 bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM11,172,820,710 (RM11.17 bilion) daripada pelaburan asing. Sebanyak 16,795 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor.
Statistik pelaburan bagi tempoh suku pertama tahun 2020 tidak dapat dinyatakan kerana maklumat pelaburan masih belum diperolehi daripada pihak MIDA.
-
Apakah strategi InvestÊSelangor bagi tahun 2020 untuk mencapai target pelaburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Dalam usaha menarik pelaburan untuk mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri, pihak Invest Selangor telah merangka berbagai strategi telah digariskan seperti berikut;-
i. Strategi jangka masa panjang;-
- Melaksanakan perancangan pelan perancangan strategik sektor perindustrian yang telah diterbitkan.
- Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-
1. Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
2. Selangor Halal Council
3. Selangor Aerospace Council
4. Selangor BioTech Council
- Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program misi penggalakkan pelaburan ke luar negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke negara-negara yang berpotensi dan yang telah dikenal pasti.
- Program promosi melalui media cetak dan elektronik.
- Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar negara).
- Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.
- Cadangan pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan industri.
- Mewujudkan kawasan perindustrian yang selesa dan kondusif berkonsepkan Managed Industrial Parks.
- Penganjuran ekspo dan forum bertaraf antarabangsa.
- Penerbitan buku panduan Doing Business in Selangor : A Guide Book fo Investors
ii. Strategi jangka masa pendek;-
- Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik.
- Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur.
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu-isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.
- Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap PBT.
- Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
Namun begitu, kesemua strategi yang telah dirangka ini adalah tertakluk kepada situasi semasa dan sebarang pengubahsuaian akan dilakukan terhadap program atau strategi yang telah disusun mengikut keperluan dan keadaan semasa.