Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
184) PELABURAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk menarik pelaburan asing?
Bagi menarik pelaburan asing, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan seperti berikut:-
Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur
Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.
Menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat multinasional yang ada di Negeri Selangor bagi membantu mempromosikan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara masing-masing.
Mewujudkan hubungan baik dengan pihak kedutaan-kedutaan asing di Malaysia bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Selangor.
Promosi dan pengiklanan peluang-peluang pelaburan dalam majalah- majalah perniagaan dalam dan luar
Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa
Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri
Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memantau isu-isu yang
Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di
Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang
Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus
Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudah cara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.
-
Apakah kelebihan strategi ini berbanding dengan negeri-negeri lain?
Kelebihan strategi ini menunjukkan bahawa pelabur terus dibantu bukan sahaja di peringkat Negeri tetapi juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, kerjasama di antara pelabur dan Kerajaan menerusi penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) juga dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
Ini terbukti menerusi statistik jumlah pelaburan yang direkodkan bagi tempoh 2008 hingga Ogos, 2013 yang mana secara keseluruhannya Selangor terus mendahului negeri-negeri lain dengan pelaburan berjumlah RM 53,246,903,787 (RM 53.246 bilion) daripada 1,560 projek perkilangan yang diluluskan.
-
Senaraikan sektor/industri di mana Negeri Selangor mempunyai kelebihan daya saing (competitive advantage) di peringkat negara ataupun antarabangsa
Berdasarkan faktor-faktor kekuatan dan peluang pelaburan yang ada, Negeri Selangor berpotensi sebagai destinasi pelaburan dalam sektor/industri;-
- Food Industries
- Biotechnology
- Business Services
- Outsourcing (BPOs)
- Green and Clean Technology (Biomass, Solar, Wind, Recycling and Waste Management, Water Treatment )
- Education
- Healthcare
- Medical Devices
- Pharmaceuticals
- IT/ICT
- Electronic & Electrical
- Retail & Wholesale/Trading
- Transportation Equipment (Automotive, Maritime, Aerospace)
- Logistics