Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

240) PELABURAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi tempoh 9 bulan pertama tahun 2014?

    Bagi tempoh bulan Januari hingga Julai 2014, sebanyak 153 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.588 bilion. Dari jumlah ini sebanyak RM 2,706,991,219 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,881,102,933 daripada pelaburan asing.

  2. Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi tempoh yang sama secara perbandingan dengan negeri-negeri yang lain ?

    1. Secara perbandingan dengan Negeri lain, Selangor berada di kedudukan kelima dari segi jumlah nilai pelaburan. Namun begitu, Selangor mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi berbanding negeri lain

     

     

    Projek Perkilangan Yang Diluluskan Mengikut Negeri Bagi Tempoh January-Julai 2014

    Negeri Bil. Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Johor 116 12,141 12,713,306,382 5,947,039,161 18,660,345,543
    Sarawak 12 1,489 324,820,131 7,460,919,196 7,785,739,327
    Pahang 8 3,906 159,382,531 4,830,387,912 4,989,770,443
    Penang 95 13,097 1,328,930,242 3,294,161,314 4,623,091,556
    Selangor 153 9,659 2,706,991,219 1,881,102,933 4,588,094,152
    Kedah 29 3,837 328,548,559 4,099,690,316 4,428,238,875
    Sabah 16 1,333 2,074,513,106 544,022,280 2,618,535,386
    Negeri Sembilan 23 1,937 564,698,507 1,384,384,627 1,949,083,134

     

    Negeri Bil. Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Kelantan 4 618 1,223,746,684 0 1,223,746,684
    Perak 15 1,873 570,054,739 358,016,598 928,071,337
    Melaka 15 2,052 150,983,789 577,927,564 728,911,353
    Terengganu 7 459 76,260,311 349,880,915 426,141,226
    Perlis 1 91 210,000,000 0 210,000,000
    W. P. Kuala Lumpur 3 121 12,771,700 14,541,114 27,312,814
    W. P. Labuan 1 8 3,965,000 0 3,965,000
               
    Jumlah 498 52,621 22,448,972,900 30,742,073,930 53,191,046,830

    Sumber : MIDA

  3. Sila nyatakan apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan ?

    Insentif-insentif perkilangan yang ditawarkan oleh Kerajaan adalah seperti berikut:-

    1. Insentif Utama bagi Syarikat Perkilangan
      1. Taraf Perintis
      2. Elaun Cukai Pelaburan
    2. Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi
    3. Insentif bagi Projek Strategik
    4. Insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana
    5. Insentif bagi Industri Jentera dan Peralatan
    6. Insentif bagi Industri Automotif
      1. Insentif bagi Pengeluaran Bahagian dan Komponen Kritikal dan Nilai Ditambah Tinggi untuk Industri Automotif
      2. Insentif bagi Pemasangan atau Pengilangan Kenderaan-Kenderaan Hibrid dan Elektrik
    7. Insentif bagi Pengunaan Biojisim Kelapa Sawit
    8. Insentif Tambahan bagi Sektor Perkilangan
      1. Elaun Pelaburan Semula
      2. Elaun Modal Dipercepat
    • Elaun Modal Dipercepat ke atas Peralatan bagi Mengekal Kualiti Bekalan Tenaga
    • Elaun Modal Dipercepat bagi Peralatan Kawalan Keselamatan
    • Insentif bagi Sistem Bangunan Perindustrian
    • Pengecualian Cukai ke atas Nilai Peningkatan Eksport
    • Pelepasan Kumpulan

     

    Manakala di peringkat Kerajaan Negeri, walaupun tiada sebarang insentif berbentuk kewangan yang ditawarkan tetapi pihak Kerajaan Negeri telah mewujudkan agensi khusus bagi menjaga hal-ehwal pelaburan di Negeri ini. SSIC bukan sahaja berperanan untuk mempromosi peluang-peluang pelaburan tetapi juga turut menjadi agensi rujukan dan pemudahcara pelaburan bagi membantu para pelabur dalam aktiviti pelaburan mereka di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.