Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

15) PELABURAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan dari luar negara masuk ke Selangor untuk tempoh 2010 - 2014?

    Bagi tempoh 2010 hingga 2014, sebanyak 1,221 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 45.539 Dari jumlah tersebut sebanyak RM 19.319 bilion adalah daripada pelaburan asing.

     

    Tahun

    Bilangan projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    2011 263 20,750 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611
    2012 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
    Jan – Julai 2014 153 9,659 2,706,991,219 1,881,102,933 4,588,094,152
    Jumlah 1,221 104,512 26,220,037,059 19,319,716,892 45,539,753,951
  2. Nyatakan jenis-jenis (sektor) dan nilai pelaburan masuk untuk tempoh 2010 - 2014?

    Jenis – jenis industri dan nilai pelaburan bagi tempoh 2010 hingga 2014 adalah seperti berikut;-

     

    Industri

     

    Bilangan projek

     

    Peluang Pekerjaan

     

    Pelaburan Tempatan (RM)

     

    Pelaburan Asing (RM)

     

    Jumlah Modal Pelaburan (RM)

    Transport Equipment 188 23,321 10,599,511,944 2,722,317,923 13,321,829,867
    Electronics & Electrical Products  

    125

     

    13,995

     

    1,191,786,598

     

    3,881,097,941

     

    5,072,884,539

     

    Industri

     

    Bilangan projek

     

    Peluang Pekerjaan

     

    Pelaburan Tempatan (RM)

     

    Pelaburan Asing (RM)

     

    Jumlah Modal Pelaburan (RM)

     

    Food Manufacturing 93 7,387 1,830,473,626 2,726,931,646 4,557,405,272
    Chemical & Chemical Products 123 4,418 1,863,154,842 2,487,986,019 4,351,140,861
    Rubber Products 49 15,347 3,268,963,219 539,320,938 3,808,284,157
    Basic Metal Products 61 3,754 1,695,230,238 1,358,785,974 3,054,016,212
    Machinery & Equipment  

    151

     

    9,062

     

    1,359,984,194

     

    1,052,087,745

     

    2,412,071,939

    Non-Metallic Mineral Products  

    32

     

    1,635

     

    412,588,334

     

    1,770,243,997

     

    2,182,832,331

    Fabricated Metal Products  

    101

     

    5,049

     

    879,696,057

     

    617,651,961

     

    1,497,348,018

    Plastic Products 101 5,643 865,998,809 519,560,603 1,385,559,412
    Paper, Printing & Publishing  

    21

     

    2,006

     

    388,434,493

     

    577,560,370

     

    965,994,863

    Scientific & Measuring Equipment  

    30

     

    3,284

     

    621,721,412

     

    197,503,458

     

    819,224,870

    Beverages & Tobacco 9 1,380 278,960,599 449,894,746 728,855,345
    Furniture & Fixtures 50 3,865 301,152,440 47,248,104 348,400,544
    Wood & Wood Products  

    36

     

    1,896

     

    231,966,522

     

    90,267,348

     

    322,233,870

    Petroleum Products (Inc. Petrochemicals) 14 751 186,056,645 128,677,814 314,734,459
    Textiles & Textile Products 22 1,125 155,511,388 113,353,566 268,864,954
    Lain-Lain 14 582 78,727,703 39,226,738 117,954,441
    Leather & Leather

    Products

    1 12 10,118,000 0 10,118,000
    Jumlah 1,221 104,512 26,220,037,063 19,319,716,891 45,539,753,954

    Sumber : MIDA

  3. Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan bekalan tenaga elektrik dan air mencukupi menjelang 2020?

    Penyediaan infrastruktur asas yang lengkap adalah perlu dalam usaha membantu kerajaan menarik pelabur-pelabur dalam dan luar negara, sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang terbaik bagi meningkatkan kemasukan pelabur, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti Ini termasuklah penyediaan infrastruktur utiliti serta bekalan air yang merupakan nadi kepada perkembangan pembangunan di negeri ini. Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin dan sangat memahami kebimbangan para pelabur khususnya dalam memastikan sumber air di Selangor dalam keadaan yang mencukupi ekoran krisis air yang pernah melanda negeri ini berikutan kesannya yang boleh mendatangkan risiko yang besar dari segi sosial, ekonomi dan politik. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan kedua-dua bekalan air dan elektrik mencukupi menjelang 2020.

    Dalam memastikan air mentah sentiasa berterusan dan tidak mengalami sebarang gangguan yang boleh memberi kesulitan kepada pengguna, Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan persetujuan untuk melaksanakan Projek Langat 2. Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses membangunkan projek yang dinamakan Hybrid of River Augmentation Storage/System (HORAS) di kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor. Melalui projek ini, dianggarkan sejumlah 600 JLH kapasiti air mentah boleh dihasilkan bagi membantu pengabstrakan air di loji-loji rawatan air selain dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap pelepasan air dari empangan. Kerajaan Negeri Selangor yakin, masalah ketidakcukupan air mentah dapat diatasi sepenuhnya dengan pelaksanaan kedua-dua projek yang dinyatakan tadi.

    Selain memberi fokus kepada penambahan sumber air mentah, Kerajaan Negeri juga telah menggariskan dasar bagi memastikan sumber air mentah dari sungai-sungai sedia ada tidak dicemari. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan semua agensi yang berkaitan sentiasa berganding bahu mengadakan pemantauan berkala supaya penyumbang kepada terjadinya pencemaran air mentah dapat dihukum melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sedia ada.

    Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa memberi komitmen penuh dan sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tenaga dalam menjayakan projek-projek menaiktaraf pembangunan sistem penghantaran elektrik yang berkaitan dengan pertambahan beban, pengukuhan sistem dan perkembangan projek Central Area Reinforcement (CAR) bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi seiring dengan pembangunan pesat di seluruh negeri Selangor. Kerjasama yang berterusan ini juga adalah perlu bagi mengelak sebarang kejadian blackout seperti yang pernah berlaku pada 13 Januari 2005 di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Malaysia daripada berulang.

Lampiran

Tiada Lampiran.