Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

23) PELABURAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nilai pelaburan luar dan dalam negeri yang telah diterima oleh kerajaan Selangor untuk tahun 2013 dan 2014?

    Nilai pelaburan di sektor perkilangan yang diterima oleh Negeri Selangor pada tahun 2014 ialah sebanyak RM7.042 bilion iaitu sebanyak RM3.837 bilion daripada pelabur tempatan dan sebanyak RM3.205 bilion daripada pelabur asing.

    Manakala jumlah nilai pelaburan pada tahun 2013 ialah sebanyak RM9.8 bilion dengan RM6.208 bilion daripada pelabur tempatan dan sebanyak RM3.625 bilion daripada pelaburan asing.

    Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
    2014 229 15,118 3,836,871,787 3,205,388,198 7,042,259,985
               
    Jumlah 457 38,637 10,044,583,695 6,830,683,142 16,875,266,837

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.