Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
123) PELABUR LUAR NEGARA/NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah hasil kajian semula polisi-polisi dan syarat-syarat pelaburan dan perniagaan bagi menarik semula pelabur luar?
Pihak Kerajaan Negeri melalui agensi yang berkaitan telah mengambil inisiatif bagi mengkaji semula polisi-polisi dan syarat-syarat pelaburan dan perniagaan di peringkat Kerajaan Negeri bagi menarik semula pelabur luar dan perkara ini masih dalam peringkat tindakan. Antara polisi-polisi yang sedang dalam proses semakan adalah seperti berikut;-
- Garis Panduan Perolehan Hartanah Oleh Warganegara Asing / Penduduk Tetap / Syarikat Asing di Negeri Selangor.
- Proses-proses Kelulusan pembangunan seperti Permohonan Kebenaran Merancang, kelulusan Pelan Bangunan, Pelan Infra dan sebagainya.
-
Nyatakan nama syarikat luar yang telah melabur dalam negeri Selangor dan berapa jumlah pelaburan setiap satu dari syarikat tersebut setakat Jun 2015?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2015, sebanyak RM 1.153 bilion adalah disumbangkan oleh pelabur asing dan pelabur daripada Jepun mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 865 juta dengan 8 projek dikuti pelabur dari Singapura sebanyak RM 93 juta dengan 2 projek dan pelabur dari United Kingdom sebanyak RM 66 juta dengan 2 projek. Kelulusan projek perkilangan melibatkan pelabur asing adalah seperti berikut;-
Negara Projek Peluang Pekerjaan Jumlah Modal Pelaburan (RM) Japan 8 705 865,362,174 Singapore 2 77 93,997,798 United Kingdom 2 157 66,010,000 Iran 1 61 27,284,000 British Virgin Island 1 45 23,000,000 Korea Rep. 2 44 17,292,000 Mauritius 1 98 15,300,000 Germany 3 43 13,996,800 Bermuda 1 69 11,489,604 China 2 169 10,168,340 United States 1 8 5,000,000 Pakistan 1 24 4,390,452 Netherlands 1 0 0 Jumlah Modal Pelaburan *** *** 1,153,291,168 sumber : MIDA
Nota :
(Nama-nama pelabur dan jumlah pelaburan bagi setiap projek perkilangan yang diluluskan tidak dapat dinyatakan tanpa kebenaran pihak syarikat-syarikat berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada perancangan perniagaan mereka).