Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
178) PELABUR KELUAR DARI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci pelabur-pelabur yang keluar dari Selangor pada tahun 2015 hingga Julai 2016.
- Bagi tahun 2015 sebanyak 5 syarikat sahaja yang direkodkan berpindah ke lokasi lain dan manakala bagi tahun 2016 tiada syarikat yang berpindah ke lokasi lain yang direkodkan oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja
Maklumat syarikat yang berkaitan seperti berikut;-
NAMA MAJIKAN
ALAMAT MAJIKAN
PEKERJA SEBAB
SEKTOR
TARIKH
TEMPATAN ASING ANSELL SHAH ALAM SDN. BHD
LOT 16 PERSIARAN PERUSAHAAN SEKSYEN 23 40000 SHAH ALAM
144
0
Penutupan Perniagaan Sepenuhnya (Pemberhenti an Serta- Merta) Pembuatan
29/04/2015
PK AGRO- INDUSTRIAL PRODUCTS (M) SDN. BHD PT 1051, BATU 29 1/4, JALAN MORIB KANCHONG LAUT 42700 BANTING 1
0
Syarikat Berpindah Ke Lokasi Lain
Pembuatan
17/04/2015
JVC MANUFACTURING MALAYSIA SDN. BHD
NO. 1, PERSIARAN JUBLI PERAK JALAN 22/1 SEKSYEN 22
40300 SHAH ALAM
238
0
Penutupan Perniagaan Sepenuhnya (Serta-Merta) Syarikat Berpindah Ke Lokasi Lain
Pembuatan
14/05/2015
DIALOG FABRICATORS SDN BHD LOT 486 MUKIM TELUK PANGLIMA GARANG 42600 BANTING
3
0
Syarikat Berpindah Ke Lokasi Lain Pembuatan
6/11/2015
COCOAHOUSE INDUSTRIES SDN BHD
LOT 6,JLN.SLTN.HISHAM UDDIN 1/20,KAW. PERUSAHAAN SELAT KLANG UTARA,PEL.KLANG 42000 KLANG
1
0
Penutupan Perniagaan Sepenuhnya (Serta-Merta) Syarikat Berpindah Ke Lokasi Lain
Pembuatan
6/4/2015
AMERICAN AIR FILTER MANUFACTURING S/B
LOT 6, JLN PENGAPIT, 15/19 SEKSYEN 15 40000 SHAH ALAM 8
0
Sebahagian Operasi Pindah Ke Tempat Lain Pembuatan
28/07/2015
-
Apakah faktor penyebab dan inisiatif Kerajaan Negeri?
- Antara faktor-faktor penyebab syarikat menutup perniagaan atau berpindah ke lokasi lain yang direkodkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Selangor seperti;-
- Kos pengeluaran
- Kejatuhan permintaan dalam pasaran
- Kejatuhan pasaran produk
- Tiada permintaan produk / perkhidmatan
- Penjualan syarikat
- Penggulungan syarikat
- Sukar mendapat pekerja
*Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Selangor.
Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengekalkan para pelabur untuk terus melabur di Negeri Selangor adalah seperti berikut;-
- Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
- Memperkukuhkan peranan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para pelabur.
- Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
- Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan- kawasan
- Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
- Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju
- Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
- Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
- Invest Selangor Talent initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang
- Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur yang
- Antara faktor-faktor penyebab syarikat menutup perniagaan atau berpindah ke lokasi lain yang direkodkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Selangor seperti;-