Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
94) PELABUR DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan pelabur dalam negara di Klang sejak 2013
Bagi tempoh 2013 hingga 2016 sebanyak 238 projek perkilangan telah diluluskan di Daerah Klang dengan nilai pelaburan berjumlah RM9,656,648,564. Daripada jumlah ini sebanyak RM4,780,607,246 adalah daripada pelaburan tempatan.
Lokasi Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Klang 103 9,311 1,686,969,555 1,096,609,823 2,783,579,378 Pelabuhan Klang 44 2,812 592,392,528 1,174,826,846 1,767,219,374 Pandamaran IE 10 365 167,854,700 164,703,855 332,558,555 Pandamaran 4 261 20,475,209 34,648,110 55,123,319 Selat Kelang Utara IE 3 972 3,555,933 42,033,618 45,589,551 Rantau Panjang Klang 2 218 10,089,814 8,500,000 18,589,814 Kapar 20 2,094 217,874,448 314,157,636 532,032,084 Bukit Rajah IE 5 2,911 968,139,851 587,490,002 1,555,629,853 Pulau Lumut / Pulau Indah 26 2,189 845,921,537 1,115,589,322 1,961,510,859 Pulau Indah IE 5 140 22,525,000 59,813,027 82,338,027 Teluk Gong 9 336 104,845,321 59,667,786 164,513,107 Taiwan Industrial Park (SKU) IE 3 298 54,765,110 69,033,803 123,798,913 Meru 1 37 35,470,000 0 35,470,000 Sementa 1 605 0 118,800,000 118,800,000 Port Klang Free Zone (PKFZ) 2 95 49,728,240 30,167,490 79,895,730 Jumlah 238 22,644 4,780,607,246 4,876,041,318 9,656,648,564 * Sumber MIDA
-
Senaraikan pelabur luar negara di Klang sejak 2013.
Bagi tempoh 2013 hingga 2016, sebanyak 238 projek perkilangan telah diluluskan di Klang dengan nilai pelaburan berjumlah RM9,656,648,564. Daripada jumlah ini sebanyak RM4,876,041,318 adalah daripada modal pelaburan asing.
-
Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur?
Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau galakan berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau asing.
Insentif-insentif berbentuk kewangan yang diberikan kepada pelabur ketika ini adalah insentif yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Antara insentif utama yang ditawarkan adalah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.
Walaupun secara dasarnya tiada insentif atau galakan berbentuk kewangan yang ditawarkan, namun pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.