Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
48) PELABUR ASING
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejak 2008, kerajaan Negeri Selangor bergiat sangat menarik pelabur asing ke Negeri Selangor. Berapakah projek dan jumlah nilai yang telah dibawa masuk?
Bagi tempoh tahun 2008 sehingga Julai 2009 sebanyak 440 projek perkilangan telah
diluluskan di negeri Selangor oleh MIDA/MITI dengan nilai pelaburan berjumlah RM
14,589,065,519. Daripada jumlah ini sebanyak RM 4,119,463,150 adalah daripada
pelaburan tempatan dan sebanyak RM 10,469,602,369 daripada pelaburan asing. -
Berapakah peluang pekerjaan telah diujudkan khasnya kepada golongan graduan?
Sebanyak 39,039 peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam pelbagai jenis industri.