Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

360) PEKERJA WARGA ASING DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha pihak kerajaan dalam mengawal pekerja warga asing di Selangor?

    Pihak berkuasa melakukan tindakan pemantauan/naziran secara berkala ke premis-premis yang mempunyai warga asing untuk memastikan pekerja warga asing memiliki Pas kerja yang masih sah dan juga bekerja di lokasi mengikut lokasi yang dibenarkan.

    Mengadakan program Sesi Libat Urus bersama para majikan agar maklumat berkaitan pengurusan pekerja warga asing dapat disampaikan secara terus kepada majikan supaya mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

  2. Adakah cadangan untuk membuat pemutihan pekerja warga asing di semua industri yang bertapak di Selangor?

    Pihak Kerajaan telah menjalankan beberapa Program Pemutihan antaranya Program 6P, Rehiring dan yang terkini Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dimana prosesnya baru sahaja tamat pada 30 Jun 2024. Seramai 135,671 PATI yang selesai proses verifikasi di dalam Program RTK 2.0 ini.

    Cadangan program-program berkaitan Pekerja Warga Asing adalah bergantung kepada keputusan dasar di peringkat Kementerian.

  3. Isu sosial antara yang menjadi masalah utama, apakah solusi yang dicadangkan pihak kerajaan?

    Antara solusi yang diambil adalah kerap mengadakan Operasi Bersepadu secara berjadual dengan penglibatan pelbagai agensi seperti PDRM, JPN, AADK, JAIS dan juga PBT.

    Mengadakan kempen/ceramah kesedaran secara berkala bagi menangani isu sosial yang berlaku di kalangan masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.