Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
17) PEKERJA-PEKERJA LADANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengemukakan cadangan pembinaan rumah kepada pekerja-pekerja ladang
Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin sentiasa mengalu-alukan permohonan daripada pekerja-pekerja ladang bagi bantuan rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin. Pembinaan rumah kepada pekerja ladang adalah berdasarkan dua (2) kategori iaitu mempunyai tanah sendiri atau melalui tanah pihak pengurusan ladang.
Bagi yang mempunyai tanah sendiri, Kerajaan Negeri boleh membina rumah di tanah yang disyorkan oleh pemohon. Manakala bagi tanah pihak pengurusan ladang, pihak pengurusan mestilah memberi/menukar hak milik tanah tersebut kepada pemohon.
Pada tahun ini Kerajaan Negeri juga telah memberi bantuan membaik pulih dan membina tandas di tujuh (7) buah rumah pekerja ladang di Ladang Tumbuk, Kuala Langat.
-
Adakah Kerajaan Negeri bertujuan memberikan tanah kepada pekerja-pekerja ladang untuk penanaman secara kecil-kecilan dan penternakan bagi menambahkan pendapatan mereka
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada rancangan untuk membuka tanah pertanian dalam masa terdekat. Namun saya menyambut baik sekiranya pihak pengurusan ladang di Selangor dapat membenarkan para pekerja ladang ini untuk mengadakan tanaman kontan atau penternakan secara kecil-kecilan di kawasan ladang mereka