Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
139) PEKERJA-PEKERJA KONTRAK DI SUK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bilangan dan kategori penjawat-penjawat kontrak yang dilantik di bawah SUK?
Berdasarkan rekod yang dikemas kini sehingga 1 April 2014, jumlah pegawai dan kakitangan yang dilantik secara kontrak di bawah jurisdiksi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berjumlah 535 orang bagi tempoh tahun 2008 hingga suku tahun pertama 2014. Perincian jumlah pelantikan mengikut tahun adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah Pelantikan Kontrak 2008 36 2009 61 2010 116 2011 37 2012 97 2013 153 Jan-Mac 2014 35 Jumlah 535 Selain daripada pelantikan yang dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, terdapat beberapa lagi sumber pelantikan anggota secara kontrak diuruskan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) masing-masing iaitu:
Bil. Pihak Berkuasa Melantik Jumlah 1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 680 2. Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) 62 3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 468 4. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 489 5. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 114 6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 118 7. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 487 8. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 27 9. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 311 10. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 47 11. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 47 12. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 3 13. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 29 14. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) 43 15. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 23 16. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) 26 17. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 366 18. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 17 19. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 33 Jumlah keseluruhan 3390 Pelantikan anggota kontrak ini dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu seperti berikut:
- Lantikan selepas persaraan bagi jawatan-jawatan utama seperti Timbalan Mufti Negeri Selangor, Setiausaha Khas (Unit Bintang) dan lain-lain atas justifikasi kepakaran;
- Lantikan anggota dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) (Gred 41 hingga 54) seperti jawatan-jawatan skim perkhidmatan berikut:
- Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) (Skim S);
- Pegawai Tadbir (Skim N);
- Pegawai Hal Ehwal Ekonomi (Skim E);
- Jurutera (Skim J);
- Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Skim J);
- Pegawai Teknologi Maklumat (Skim F);
- Pegawai Syariah (Skim LS);
- Pegawai Penerangan (Skim S);
- Pegawai Perangkaan (Skim W);
- Akauntan (Skim W); dan
- Pegawai Undang-undang (Skim L).
- Lantikan anggota dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40) seperti jawatan berikut:
- Penolong Pegawai Tanah (Skim NT);
- Penolong Pegawai Tadbir (Skim N);
- Penolong Akauntan (Skim W);
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Skim F);
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Skim S);
- Penolong Pegawai Bahasa;
- Penolong Juruaudit (Skim W);
- Penolong Jurutera (Skim J);
- Penolong Pegawai Perancang Bandar (Skim J);
- Penolong Pegawai Undang-undang (Skim L);
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi (Skim E);
- Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) (Skim N);
- Pembantu Tadbir (Kewangan) (Skim W);
- Pembantu Hal Ehwal Islam;
- Pegawai Khidmat Pelanggan (Skim N);
- Pembantu Penguatkuasa;
- Pengawal Keselamatan;
- Juruteknik;
- Pembantu Operasi; dan Pembantu kemahiran.
-
Apakah rasional untuk melantik penjawat-penjawat kontrak ini dan adakah syarat-syaratnya untuk kerajaan Selangor akan menyerap mereka sebagai penjawat-penjawat tetap?
Pelantikan anggota kontrak ini dilaksanakan berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa setiap jabatan / agensi yang berkenaan dan permohonan pewujudan jawatan kontrak ini memerlukan justifikasi yang kukuh dan deskripsi tugas yang jelas. Antara punca pelantikan anggota kontrak ini sangat diperlukan disebabkan oleh kekangan waran perjawatan sedia ada sedangkan penambahan perjawatan amat diperlukan bagi menampung task force atau tugas-tugas khas yang dipertanggungjawabkan.
Anggota perkhidmatan kontrak tidak diserap secara automatik ke jawatan Tetap kerana pelantikan Tetap diuruskan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia. Dalam konteks Perkhidmatan Awam di Negeri Selangor, anggota Tetap dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bagi lantikan Gunasama Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS) khusus bagi lantikan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) masing-masing. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan Tetap, anggota yang dilantik secara kontrak perlu memohon jawatan melalui PBM yang berkenaan dan lulus dalam urusan peperiksaan atau temuduga yang dijalankan.