Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

27) PEKERJA P-HAILING

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang rancangan mahupun inisiatif sendiri dari Kerajaan Negeri sebagai sokongan kepada kira-kira 30 ribu rider p-hailing berdaftar di Selangor yang sangat berisiko dari aspek keselamatan di atas jalan raya?

    Dalam konteks pekerja p-hailing, Kerajaan Negeri amat memandang tinggi kerjaya ini dalam menggerakkan aktiviti ekonomi di Selangor. Pada tahun 2021, Majlis Sukan Negeri Selangor selaku urusetia RIDE telah menyediakan caruman perkeso kepada 2658 pemandu p-hailing yang layak. Inisiatif ini akan diteruskan pada tahun ini dengan sasaran penerima seramai 3000 peserta. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan siri-siri latihan kepada pemandu yang terlibat dalam industri p-hailing ini dan Kerajaan Negeri juga membuka ruang kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk menyumbang sebarang usaha bagi mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan taraf hidup pemandu p-hailing.

Lampiran

Tiada Lampiran.