Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

266) PEKERJA LADANG ESTET YANG MASIH GAGAL DIBERIKAN RUMAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penduduk yang gagal disediakan rumah yang dijanjikan oleh pengusaha estet seluruh Selangor?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali

    Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara yang prihatin terhadap isu penduduk atau pekerja estet yang gagal disediakan rumah yang dijanjikan oleh pengusaha estet di Selangor. Isu perumahan merupakan antara isu yang kritikal bagi pekerja ladang atau bekas pekerja ladang yang majoritinya adalah dalam kategori miskin atau B40.

    Dalam hal yang melibatkan perjanjian berkaitan rumah di antara pengusaha estet dan pekerja estet setelah bersara atau berhenti, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa secara mutlak bagi mengawal pengusaha estet berkenaan. Kerajaan Negeri juga tidak mempunyai data yang tepat pada masa ini mengenai jumlah penduduk atau pekerja yang gagal disediakan rumah yang dijanjikan oleh pengusaha estet di seluruh Selangor.

    Namun, bagi memastikan hak pekerja ladang terus dipelihara, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa pendekatan dengan melaksanakan lawatan ke ladang-ladang dan mengadakan rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan bagi membantu menyelesaikan pelbagai isu melibatkan pekerja estet termasuk isu perumahan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang sejak tahun 2013 telah melaksanakan beberapa lawatan ke ladang-ladang dan memastikan apa jua permasalahan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pekerja ladang dapat diketengahkan dan diselesaikan secara baik.

    Antara masalah dan isu yang telah diselesaikan melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang adalah melibatkan beberapa ladang seperti di Ladang Bukit Rajah, Ladang Inch Kennath, Ladang Tumbok, Ladang Semenyih, Ladang Dominion, Ladang Dunnedin, Taman Permata Dengkil dan Ladang Bangi. Program sebegini masih diteruskan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti bagi memastikan isu-isu berkaitan pekerja ladang dapat diselesaikan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga sedang melaksanakan satu projek pembangunan perumahan untuk pekerja estet iaitu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani di Bestari Jaya, Selangor. Projek PRR ini akan dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM75 juta, di mana Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM35 juta. Apabila siap pada tahun 2027 kelak, projek PRR ini akan menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi oleh 245 orang pekerja lima (5) estet iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

    Selain itu, Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikan oleh saya  juga sentiasa memantau dan membantu dalam penguatkuasaan undang-undang oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor (JTKNS) bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja ladang dipelihara termasuk aspek perumahan, gaji serta keperluan asas lain.

    Pelbagai tindakan telah diambil ke atas pengusaha estet dan juga pemaju melalui penguatkuasaan dan siasatan bersama oleh JTKNS dan PBT. Siasatan di ladang-ladang di Hulu Selangor sebagai contoh telah berhasil mengesan beberapa pemaju estet yang didapati gagal menyiapkan rumah mengikut jadual, dan mereka dikenakan denda serta diberikan tempoh masa tambahan untuk menyiapkan projek. Dalam kes yang lain, pemaju yang gagal memenuhi perjanjian kontrak bagi pembinaan rumah pekerja ladang di Klang juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada pekerja yang terjejas dan dituntut untuk menyiapkan rumah dalam tempoh tertentu.

    Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan hak pekerja ladang dipertahankan dan mereka mendapat tempat tinggal yang selesa serta kondusif. Kerajaan juga akan terus mengawasi perkembangan isu ini secara menyeluruh bagi memastikan semua pihak yang terlibat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Langkah-langkah yang diambil ini mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperjuangkan kebajikan pekerja ladang, selain memastikan keadilan dan kesejahteraan mereka terus terjamin.

  2. Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan hak pekerja ladang dipertahankan?

  3. Apakah tindakan kerajaan terhadap beberapa pemaju yang melengah-lengahkan pembinaan rumah bagi peladang?

Lampiran

Tiada Lampiran.