Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

18) PEKERJA LADANG (ESTATE)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di bawah EXCO KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN yang bertujuan membantu dengan membina jati diri Pekerja Ladang Rakyat (Estate) agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan material, intelektual dan spiritual. Bertanya kepada YAB DatoÕ Menteri Besar : a) Berapa banyakkah peruntukan yang telah di gunakan untuk program sedemikian. b) Sejauh manakah keberkesanan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pendapatan perkapita mereka.

    Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang ditubuhkan bertujuan untuk memberi
    bantuan kewangan kepada mana-mana individu yang berasal dari keluarga yang
    bekerja di ladang-ladang untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.
    Selain itu, tabung ini digunakan untuk menaja mana-mana anak pekerja ladang yang
    berkelayakan untuk menjalani latihan kemahiran teknikal di Kolej Inpens Selangor.
    Tabung ini juga turut memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah ladang
    untuk menjalankan program-program yang bermanfaat kepada pelajar serta
    menaiktaraf kemudahan di sekolah tersebut.
    Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM 2 juta setiap kepada tabung ini
    untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pihak yang berkelayakan. Sehingga
    bulan Jun 2010, jumlah peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM
    885,092 (Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Sembilan
    Puluh Dua).
    Bantuan tabung ini meliputi perkara seperti berikut:
    i. Bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah ladang;
    ii. Bantuan yuran pengajian anak-anak pekerja ladang yang tidak
    berkemampuan;
    iii. Tajaan anak pekerja ladang dalam latihan kemahiran teknikal di Kolej Inpens
    Selangor; dan
    iv. Hadiah kecemerlangan kepada anak-anak pekerja ladang yang mencapai
    keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

     

    Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang ditubuhkan bukan bertujuan untuk
    membantu para pekerja ladang untuk meningkatkan pendapatan perkapita mereka.
    Sebaliknya, tabung ini digunakan untuk memberi peluang pendidikan yang
    sewajarnya kepada anak-anak pekerja ladang dan seterusnya pendidikan yang
    diberikan dapat membantu keluarga mereka untuk meningkatkan pendapatan dan
    keluar dari kepompong kemiskinan. Kerajaan Negeri berpendapat bahawa satusatunya jalan keluar dari kemiskinan adalah dengan pendidikan yang sempurna.

    Kebanyakan keluarga yang masih hidup kemiskinan mempunyai latar belakang
    pendidikan yang tidak begitu tinggi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri yakin
    bahawa dengan wujudnya tabung ini dapat memberi pendidikan yang sempurna
    kepada anak-anak pekerja ladang dan seterusnya membantu keluarga mereka
    dalam meningkatkan pendapatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.