Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

191) PEKERJA LADANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor masih tiada suatu enakmen yang jelas yang mengarahkan tuan punya ladang untuk membina rumah sendiri untuk para pekerja nya agar isu perumahan tidak timbul jika sesuatu ladang tersebut dibangunkan dan pekerjanya dihentikan kerja? ApakahÐapakah langkah terkini Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini dan bilakah suatu enakmen yang jelas mengenai perumahan pekerja ladang akan dibentuk ?

    Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum mengenai masalah pekerja ladang dalam memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah pun membincangkan mengenai permasalahan ini supaya mereka mendapat keselesaan penempatan baru. Setakat ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat dalam setiap permohonan yang melibatkan tanah ladang, sama ada penukaran hak milik atau kegunaan tanah, pihak majikan hendaklah menyediakan sekurangkurangnya perumahan kos rendah untuk ditawarkan kepada pekerja ladang dengan harga RM35,000.00 seunit yang mana perbezaan harga sebanyak RM7,000.00 akan ditanggung oleh pihak majikan.

     

    Fokus utama Jawatankuasa tetap pekerja ladang adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di ladang. Oleh demikian, penetapan enakmen yang jelas mengenai perumahan pekerja ladang telah pun ada di dalam perancangan Kerajaan Negeri supaya misi mempertingkatkan taraf hidup pekerja ladang berjaya.  Walau bagaimana pun, bagi mewujudkan sesuatu enakmen, satu kertas kerja yang komprehensif perlu dibuat dan ianya memerlukan kepakaran yang khusus dalam bidang ini. Sehubungan itu, satu seminar akan diadakan untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan pekerja ladang di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.