Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
56) PEKERJA LADANG
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik pekerja ladang mengikut daerah dan nama ladang?
Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mendapatkan statistik jumlah pekerja ladang terkini memandangkan pekerjaan ladang adalah merupakan sejenis pekerjaan turun temurun, namun terdapat juga ahli keluarga yang berpindah ke luar dari kelompok ladang memandangkan tawaran kerja dan peluang melanjutkan pelajaran. Pecahan peratusan kaum yang bekerja di ladang juga adalah tidak menentu berdasarkan lokasi ladang tersebut, Kaum India merupakan kaum yang memonopoli pekerjaan diladang sebanyak (70 peratus), Kaum Melayu (15 peratus), Kaum Cina (5 peratus) sementara baki adalah kaum Orang Asli dan Pekerja Asing (10 peratus).
Berikut adalah senarai antara ladang-ladang yang terdapat di Negeri Selangor adalah seperti berikut :
BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA 1 HULU SELANGOR Ladang Changkat Asa 70 orang 2 Ladang Katoyang 38 orang 3 Ladang Kerling 32 orang 4 HULU SELANGOR Ladang Sungai Jernih 47 orang 5 Ladang Kelapa Bali
3 orang 6 Ladang Lima Blas 11 orang 7 Ladang Lima Blas Oil Mill
23 orang 8 Ladang Sungai Gumut 5 orang 9 Ladang Tanjung Malim Oil Mill
62 orang 10 Ladang SMR Factory
6 orang 11 Ladang Hulu selangor
13 orang 12 Ladang Sungai Gapi 32 orang 13 Ladang Sungai Gapi East
Division
34 orang 14 KUALA LANGAT Ladang Pulau Carey East A
82 orang 15 Ladang Pulau Carey East B
74 orang 16 Ladang Pulau Carey East C
71 orang 17 Ladang Pulau Carey East D
16 orang 18 Ladang Pulau Carey East Oil Mill
66 orang 19 Ladang Pulau Carey West 4
80 orang 20 Ladang Pulau Carey West 6
37 orang 21 Ladang Pulau Carey West 7
48 orang 22 Ladang Pulau Carey South A
57 orang 23 Ladang Pulau Carey South B
44 orang 24 Ladang Pulau Carey West Oil Mill
51 Orang BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA 25 KUALA LANGAT Ladang Bandar 20 orang 26 Ladang Batu Untong
16 orang 27 Ladang Bedford 29 orang 28 Ladang Bukit Cheeding
5 orang 29 LadangBanting Palm Oil Mill 10 orang 30 Ladang Fermanagh
Est/OM
63 orang 31 Ladang Lelanang Baru 35 orang 32 Ladang Sungai Bualah 5 orang 33 Ladang Teluk Datoh
25 orang 34 Ladang Tanjumh Duablas 13 orang 35 Ladang Sime Darby Research
(OPRS)
114 orang 36 Ladang Sime Darby Blotech &
Lab
8 orang 37 Ladang Sime Darby Seeds & Agricul
52 orang 38 Ladang Sri Langat Oil Mill
54 orang 39 Ladang Sepang B/C 189 orang 40 Ladang Sepang Sungai Linau
49 orang 41 Ladang Sungai Rawang 13 orang 42 Ladang Sepang Oil Mill
52 orang 43 SABAK BERNAM Ladang Sungai Bernam 1 27 orang 44 Ladang Sungai Bernam 2 19 orang 45 Ladang –do- Cort 1&2 8 orang 46 SABAK BERNAM Ladang Sabak Bernam 138 orang 47 KUALA SELANGOR Ladang Berjuntai 15 orang 48 Ladang Bukit Lagong 38 orang 49 Ladang Talang Oil Mill
38 orang 50 Ladang Talang 89 orang 51 Ladang Kampung Baru 93 orang 52 Ladang Rajamusa 105 orang 53 Ladang Bukit Belimbing
11 Orang 54 Ladang Bukit Tagar
25 orang 55 Ladang Nigle Gardener
45 orang 56 Ladang Bukit Rotan Oil Mill
8 orang 57 Ladang Eng Hang 2 orang 58 Ladang Elmina 65 orang 59 Ladang Starthalie 45 orang 60 Ladang Group of B 28 orang 61 Ladang Minyak 41 orang 62 Ladang Minyak Oil Mill
42 orang 63 Ladang Sungai Tinggi
62 orang 64 Ladang Shalimar 10 orang 65 Ladang Sungai Buloh 188 orang 66 Ladang Selangor River 83 orang 67 Ladang Kuala Selangor
44 orang 68 Ladang Sungai Rambai 2 orang 69 Ladang Tennamaram
79 orang 70 Ladang Hopeful 26 orang 71 KUALA SELANGOR Ladang Bukit Badong 15 orang 72 Ladang Tennamaram Oil
Mill
45 orang 73 Ladang Tuan Mee 17 orang 74 Ladang Caledonian
42 orang 75 Ladang Jeram 40 orang 76 Ladang Bukit Darah 22 orang 77 Ladang Tuan Mee Oil Mill
60 orang 78 KLANG Ladang Bukit Cheraka
137 orang 79 Ladang Bukit Clah
58 orang 80 Ladang Brounston 20 orang 81 Ladang Bukit Ijok 46 orang 82 Ladang Bukit Kerayong
44 orang 83 Ladang Sungai Kapar 7 orang 84 Ladang Jalan Acob 49 orang 85 Ladang Bukit Kerayong Oil Mill
15 orang 86 Ladang Golconda 1 orang 87 Ladang Golconda Oil Mill
10 orang 88 Ladang Bukit Raja
35 orang 89 Ladang Subang 15 orang 90 HULU LANGAT Ladang Ampertenang
41 orang 91 Ladang Balau 1 orang JUMLAH KESELURUHAN 3850 orang -
Apakah isu dan masalah yang dihadapi pekerja ladang?
Masyarakat Pekerja Ladang berhadapan dengan masalah:
Bil Masalah yang dihadapi Faktor penyebab 1. Masalah pengangguran dikalangan ahli keluarga Peluang pekerjaan yang terhad 2. Masalah pendidikan Sekolah yang jauh dari kawasan penempatan 3. Masalah kemiskinan Pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang besar 4. Masalah pengangkutan Kebanyakan kawasan penempatan ladang terletak jauh dari jalan raya utama. Masalah pengangkutan antara penyebab proses menghubungkan Masyarakat Pekerja Ladang dan bandar agar sukar. 5. Masalah perumahan Masalah perumahan bekas pekerja ladang
6. Masalah kesihatan Kedudukan penempatan yang jauh daripada Hospital atau Klinik Kesihatan 7. Tempat Ibadat Penyediaan Ibadat juga merupakan antara penyumbang kepada permasalahan yang dihadapi oleh Pekerja Ladang. 8. Masalah kemudahan asas Disebabkan kedudukan kawasan perumahan yang tidak strategik kemudahan air dan elektrik juga merupakan antara masalah yang dihadapi oleh Pekerja Ladang, tetapi ianya bergantung kepada syarikat ladang masing-masing. -
Apakah skim dan program untuk membantu pekerja ladang?
Kerajaan Negeri dalam usaha membantu masyarakat Pekerja Ladang adalah dengan mewujudkan program-program seperti:
Bil Program Modus Pelaksanaan 1. Program Kemahiran Teknikal Memberi bantuan kepada anak-anak pekerja ladang melanjutkan pengajian dalam bentuk kemahiran di INPENS INTERNATIONAL COLLEGE Kuala Selangor. Dimana yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. 2. Program Back to School Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan keperluan persekolahan berupa beg sekolah dimana penerima adalah dari kalangan murid keluarga miskin dan anak-anak pekerja ladang
3. Program Subsidi Tambang Bas Sekolah Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM300.00 bagi setiap pelajar yang terpilih untuk menampung perbelanjaan tambang bas sekolah bagi setiap 6 bulan. Program ini disusun mengikut keperluan dan akan dilaksanakan secara berperingkat. 4. Program Wanita Ladang Memberi kemudahan Pinjaman Mikro Kredit kepada wanita ladang yang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan seperti perusahaan makanan, jahitan dan penghasilan kraftangan. 5. Sumbangan Baik Pulih dan Kelengkapan Sekolah Ladang Memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti untuk diberi bantuan seperti kelengkapan makmal komputer, makmal sains, dan pusat sumber. 6. Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Memberi galakan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaana UPSR dengan memberi cenderahati dan sijil.