Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

52) PEKERJA LADANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini pekerja ladang yang berada di Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang sedang mengumpul data terkini melibatkan jumlah pekerja ladang di Negeri Selangor. Namun begitu, data sedia ada yang direkodkan dan diperolehi dari Nation Union Plantation Workers (NUPW) pada tahun 2014 adalah seperti di

    Lampiran. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram, pekerja ladang yang berjaya dikenalpasti pada tahun tersebut adalah seramai 3,211 orang melibatkan 89 ladang. Dalam pada itu, dipercayai tidak semua pekerja ladang mendaftarkan diri kepada NUPW. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mendapatkan statistik lengkap jumlah ladang terkini di Negeri Selangor dan jumlah pekerja ladang sebagai rujukan di masa – masa hadapan.

  2. Senaraikan program bantuan khusus untuk membantu pekerja ladang.

    Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang amat komited dalam menjaga hak dan kebajikan Pekerja Ladang di Negeri ini. Pelbagai program telah dianjurkan bagi memenuhi kehendak sekaligus meningkatkan motivasi dalam diri mereka melalui program usahasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak menganjurkan program – program khusus untuk membantu para pekerja ladang termasuk anak-anak mereka untuk sama-sama menikmati faedah dari pelbagai aspek termasuk pendidikan dan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan mereka dalam mengharungi hidup sebagai golongan yang dianggap susah.

    Program Pendidikan Anak – anak Pekerja Ladang ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kewangan dalam aspek kebajikan dan pendidikan. Skim ini terbuka kepada seluruh anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Program-program yang dianjurkan adalah khusus untuk menjaga kebajikan pekerja ladang dalam meringankan bebanan yang ditanggung dalam kehidupan seharian.

    Antara program – program yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun  khusus bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:

    1. Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bus Sekolah Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang yang layak mengikut kriteria permohonan bagi setiap tahun.

    ii. Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia

    Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5,000.00 setiap pelajar yang layak mengikut kriteria permohonan bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.

     

    iii. Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)

    Penyampaian anugerah adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.

     

    iv. Program – program Motivasi UPSR untuk anak pekerja ladang

    Program ini dianjurkan adalah sebagai satu langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan anak-anak di Negeri Selangor khususnya anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna. Program berbentuk seminar ini dilaksanakan khusus untuk membantu anak pekerja ladang yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan dan teknik menjawab peperiksaan.

    Di bawah Jawatankuasa Pekerja Ladang, kami memandang serius akan pendidikan anak-anak pekerja ladang terutamanya dalam bidang pelajaran bagi membantu mereka untuk lebih maju dan bersaing dengan pelajar di luar sana. Program sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pendidikan anak pekerja ladang. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengekalkan bantuan-bantuan sedia ada yang dilaksanakan dan akan menambaik program-program tersebut dari masa ke semasa.

     

    Dalam pada itu, program kebajikan yang juga telah dilaksanakan adalah lawatan ke ladang – ladang dalam memastikan segala permasalahan dan isu – isu yang dibangkitkan dapat diketengahkan dan diselesaikan secara baik. Antara lawatan dan permasalah yang dapat diselesaikan melalui Jawatankuasa Tetap pekerja Ladang adalah seperti di Ladang Bukit Raja, Ladang Inche Canon, Ladang Tumbok, Ladang Semenyih, Ladang Dominion, Ladang Dunnedin, Taman Permata Dengkil dan Ladang Bangi.

     

    Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah menganjurkan beberapa bentuk program khusus kepada pekerja ladang di Negeri Selangor termasuklah program – program perayaan. Antara program yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang adalah seperti berikut :-

    • Perayaan Pesta Ponggal Peringkat Negeri Selangor
    • Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor
    • Program Bersama Pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Bekas Pekerja Ladang
    • Program Lawatan Turun Padang Jawatankuasa Tetap Pekerja ladang Bersama Pekerja-pekerja Ladang di Negeri Selangor
    • Program Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor

     

    Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak membantu pekerja ladang dalam meringankan beban dalam arus pemodenan yang semakin berkembang pesat. Pembangunan ekonomi di kalangan pekerja ladang merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan terjamin di masa hadapan. Justeru itu, program – program yang telah dilaksanakan memberi tumpuan kepada pekerja ladang di Negeri Selangor dalam meningkatkan pendapatan sampingan mereka menerusi penganjuran program – program berbentuk kursus kemahiran jangka pendek seperti membuat kek dan coklat, kelas jahitan, kelas solekan, membaiki peralatan, membuat kraftangan serta ceramah dan taklimat yang membantu meningkatkan keyakinan dan semangat di kalangan pekerja ladang untuk terus maju dan berdaya saing. Program – program kemahiran seperti ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu para pekerja ladang mendalami asas – asas kemahiran ilmu yang boleh menjana pendapatan sampingan.

    Lampiran

     STATISTIK LADANG DAN PEKERJA LADANG 

    DI NEGERI SELANGOR TAHUN 2014

    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    1 HULU SELANGOR Ladang        Changkat

    Asa

    101 orang
    2 Ladang Katoyang 17 orang
    3 Ladang Kerling 39 orang
    4 Ladang             Sungai

    Jernih

    69 orang
    5 Ladang Kelapa Bali 3 orang
    6 Ladang Lima Blas 42 orang
    7 Ladang Lima Blas

    Oil Mill

    21 orang
    8 Ladang             Sungai

    Gumut

    13 orang
    9 Ladang           Tanjung

    Malim Oil Mill

    36 orang
    10 Ladang               SMR

    Factory

    24 orang
    11 Ladang                Hulu

    selangor

    20 orang
    12 Ladang Sungai Gapi 17 orang
    13 Ladang Sungai Gapi

    East Division

    4 orang
    14 HULU LANGAT Ladang

    Ampertenang

    25 orang
    15 Ladang Balau 7 orang
    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    16 KUALA LANGAT Ladang Pulau Carey East A 0 orang
    17 Ladang Pulau Carey East B 0 orang
    18 Ladang Pulau Carey East C 143 orang
    19 Ladang Pulau Carey East D 0 orang
    20 Ladang Pulau Carey

    East Oil Mill

    45 orang
    21 Ladang Pulau Carey West 4 0 orang
    22 Ladang Pulau Carey West 6 0 orang
    23 Ladang Pulau Carey West 7 202 orang
    24 Ladang Pulau Carey South A 0 orang
    25 Ladang Pulau Carey South B 0 orang
    26 Ladang Pulau Carey

    West Oil Mill

    37 Orang
    27 Ladang Bandar 14 orang
    28 Ladang Batu Untong 30 orang
    29 Ladang Bedford 16 orang
    30 Ladang                Bukit

    Cheeding

    24 orang
    31 LadangBanting

    Palm Oil Mill

    10 orang
    32 Ladang Fermanagh Est/OM 60 orang
    33 Ladang         Kelanang

    Baru

    40 orang
    34 Ladang             Sungai

    Bualah

    5 orang
    35 Ladang Teluk Datoh 19 orang
    36 Ladang Tg. Duablas 7 orang
    37 Ladang Sime Darby Research 108 orang
    36 Ladang Sime Darby Biotech & Lab 8 orang

     

    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    37 KUALA LANGAT Ladang Sime Darby

    Seeds & Agricul

    45 orang
    38 Ladang Sri Langat Oil

    Mill

    49 orang
    39 Ladang Sepang B/C 57 orang
    40 Ladang                Sepang

    Sungai Linau

    37 orang
    41 Ladang                 Sungai

    Rawang

    31 orang
    42 Ladang Sepa

    Mill

    ng Oil 0 orang
    43 SABAK BERNAM Ladang Bernam 1 Sungai 83 orang
    44 Ladang Bernam 2 Sungai 19 orang
    45 Ladang

    Bernam Resea

    Sungai rch 7 orang
    46 Ladang                  Sabak

    Bernam

    63 orang
    47 KUALA SELANGOR Ladang Berjuntai 15 orang
    48 Ladang Bukit Lagong 7 orang
    49 Ladang Talang Oil

    Mill

    0 orang
    50 Ladang Talang 54 orang
    51 Ladang             Kampung

    Baru

    62 orang
    52 Ladang Rajamusa 119 orang
    53 Ladang                    Bukit

    Belimbing

    15 Orang
    54 Ladang Bukit Tagar 104 orang
    55 Ladang                    Nigle

    Gardener

    40 orang
    56 Ladang Bukit Rotan

    Oil Mill

    6 orang
    57 Ladang Eng Hong 0 orang
    58 Ladang Elmina 59 orang
    59 Ladang Starthalie 1 orang
    60 Ladang Group of B 35 orang
    61 Ladang Minyak 58 orang
    62 Ladang Minyak Oil

    Mill

    47 orang

     

     

    BIL DAERAH NAMA LADANG JUMLAH PEKERJA
    63   Ladang Sungai Tinggi 105 orang
    64 Ladang Shalimar 21 orang
    65 Ladang Sungai Buloh 96 orang
    66 Ladang            Selangor

    River

    85 orang
    67 Ladang                 Kuala

    Selangor

    44 orang
    68 Ladang               Sungai

    Rambai

    15 orang
    69 Ladang Tennamaram 52 orang
    70 Ladang Hopeful 21 orang
    71 Ladang Bukit Badong 13 orang
    72 Ladang Tennamaram

    Oil Mill

    40 orang
    73 Ladang Tuan Mee 38 orang
    74 Ladang Caledonian 32 orang
    75 Ladang Jeram 17 orang
    76 Ladang Bukit Darah 34 orang
    77 Ladang Tuan Mee Oil

    Mill

    10 orang
    78 KLANG Ladang                  Bukit

    Cheraka

    97 orang
    79 Ladang Bukit Cloh 52 orang
    80 Ladang Brounston 23 orang
    81 Ladang Bukit Ijok 45 orang
    82 Ladang                  Bukit

    Kerayong

    73 orang
    83 Ladang Sungai Kapar 5 orang
    84 Ladang Jalan Acob 14 orang
    85 Ladang                  Bukit

    Kerayong Oil Mill

    7 orang
    86 Ladang Golconda 14 orang
    87 Ladang Golconda Oil

    Mill

    9 orang
    88 Ladang Bukit Rajah 14 orang
    89 PETALING Ladang Subang 16 orang
    JUMLAH KESELURUHAN 3211 orang 

Lampiran

Tiada Lampiran.