Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
54) PEKERJA BERAGAMA ISLAM
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah terdapat garis panduan bagi pekerja-pekerja yang beragama Islam untuk memohon bekerja di mana-mana sektor pekerjaan terutama di kelab malam ataupun di kilang membuat minuman keras?
Tiada
-
Apakah terdapat garis panduan atau tindakan undang-undang terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerja islam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam seperti memakai tudung bagi perempuan dan bersolat Jumaat bagi lelaki?
Tiada
-
Apakah tindakan pihak Jabatan Agama Islam dalam menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kelab malam atau pub yang ternyata dilarang oleh Islam?
Tiada tindakan. Namun begitu, premis-premis kelab malam atau pub tertakluk bagi menjalankan kawalan sendiri dalam perkara-perkara yang melibatkan orang Islam.