Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

146) PEKERJA ASING DI SEKTOR PERKILANGAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Majoriti pekerja sektor perkilangan terdiri daripada pekerja asing berbanding rakyat tempatan. Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor berhubung perkara ini dalam sektor perkilangan?

    Untuk makluman  Ahli-ahli  Yang  Berhormat,  Dasar  Buruh  Negara   adalah di bawah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar khusus berkenaan tenaga kerja warga asing di Selangor. Dasar berkenaan warga kerja asing hanya ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, di bawah Kementerian Dalam Negeri dan diguna pakai di semua negeri di Malaysia. Proses kelulusan dan pengawalan kemasukan warga kerja asing hanya dilaksanakan oleh agensi-agensi Persekutuan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

    Walaupun secara dasarnya Kerajaan mengawal kemasukan warga kerja asing ke Selangor, namun begitu khidmat tenaga kerja asing ini amat diperlukan oleh sektor perindustrian bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan.

     

    (Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor)

     

  2. Berapakah nisbah terkini pekerja tempatan berbanding pekerja asing?

    Berdasarkan maklumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan jumlah pekerja tempatan sehingga Ogos 2017 adalah seramai 14,513,400 orang dan maklumat dari Jabatan Imigresen Malaysia melaporkan jumlah pekerja asing adalah seramai 1,732,944. Nisbah adalah bersamaan 8 pekerja tempatan : 1 pekerja

    (Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor)

     

  3. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor kepada pengusaha kilang yang meminimakan pekerja asing ini?

    Antara inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing adalah dengan memberi tumpuan kepada industri berasaskan teknologi tinggi dan automasi. Antara industri- industri tumpuan pihak Kerajaan Negeri adalah seperti;-

    1. Life Sciences (Pharmaceuticals, Bio-Technology, Medical Devices, Specialty Chemical )
    2. Electrical & Electronics (Solar, etc)
    3. Machinery & Equipment
    4. Food & Beverages Manufacturing (Halal Products, etc)
    5. Transport Equipment (Aero Space, Automotive)

    Selain  itu,   Kerajaan   Negeri   juga   menggalakkan   pengusaha   industri   di Selangor untuk mengadaptasi Industri 4.0 dalam proses pengeluaran mereka. Dengan penggunaan automasi dalam sistem pengeluaran, keperluan sumber tenaga kerja kurang mahir dapat dikurangkan dan pihak syarikat lebih berdaya asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.