Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

84) PEKERJA ASING DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap pekerja asing yang menjadi pelayan di restoran dan premis dalam tahap kesihatan dan piawaian kerja yang baik dan berkualiti

    Untuk makluman Yang Berhormat, semua pengendali makanan termasuk pekerja asing diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selaras dengan pewartaan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

  2. Adakah program yang di laksanakan dan berapa ramai yang terlibat.

    Aktiviti pemantauan Latihan Pengendali Makanan dijalankan mulai Jun 2009 dengan penempatan 2 orang Pegawai Teknologi Makanan untuk menjalankan audit ke atas Sekolah Latihan Pengendali Makanan. Matlamat utama bagi memastikan SEMUA pengendali makanan di Selangor dilatih di sekolah yang diiktiraf oleh Kerajaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.