Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

51) PEKERJA ASING DI PREMIS MAKAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengetatkan undang-undang atau melarang pekerja asing dalam sektor pembuatan atau penyediaan makanan di premis makanan?

    Berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, bancian penduduk dan perumahan akan dilaksanakan pada Bulan Julai 2020 termasuk pekerja warga asing yang menetap di Malaysia.

  2. Berapakah jumlah pekerja asing yang berdaftar dalam sektor pembuatan dan penyediaan makanan di negeri Selangor?

    Kawalan kemasukan warga asing merupakan bidang kuasa kerajaan pusat. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor sedia dan sentiasa memberi kerjasama terhadap perkara ini. Terdapat beberapa usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan neger melalui PBT terhadap kawalan warga asing. Antaranya:

    1. Mempergiatkan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen untuk memastikan pekerja asing berada dalam sektor perkerjaan yang betul seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan;
    2. Kerajaan negeri juga meluluskan untuk tidak membenarkan warga negara asing menjalankan aktiviti perniagaan perniagaan kecil / sederhana atau dilesenkan di bawah aktiviti penjaja. semua lesen penjaja dan peniaga kecil termasuk lesen perniagaan di premis milik Jabatan/ Agensi/ PBT di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hendaklah dipertimbangkan kepada warganegara Malaysia sahaja. PBT juga meletakkan sekatan pada syarat-syarat lesen penjaja iaitu tidak dibenarkan menggunakan pekerja warga asing tanpa izin. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap perniagaan tanpa lesen yang dipelopori oleh warga asing khususnya dan juga premis penjaja yang menyewakan kepada warga asing dan melantik pembantu warga asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.