Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

37) PEKERJA ASING DI DUN BALAKONG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pekerja asing yang bekerja di kawasan DUN Balakong sejak tahun 2008 hingga 2010?

    Untuk makluman, Jabatan Imigresen Negeri Selangor tidak mempunyai statistik jumlah pekerja asing yang bekerja di kawasan DUN Balakong sejak tahun 2008-2010. Jumlah keseluruhan pekerja asing yang bekerja di negeri Selangor pada tahun 2008 adalah seramai 106,672 orang manakala bagi tahun 2009 seramai 114,799 orang dan bagi tahun 2010 adalah seramai 103,927

  2. Berapakah anggaran jumlah pekerja asing haram yang masih bekerja pada ketika ini dan dari negara manakah datangnya mereka ini?

    Sepanjang tahun 2010, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Negeri Selangor telah menjalankan operasi sebanyak 16 kali dan tangkapan seramai  46  orang pendatang asing di kawasan Balakong telah diambil

  3. Apakah langkah-langkah jabatan-jabatan kerajaan bagi mengawal tingkah-laku pekerja asing ini memandangkan pelbagai masalah sosial yang telah ditimbulkan oleh mereka?

    Pelbagai langkah telah diambil oleh jabatan ini bagi mengawal tingkah  laku  pekerja asing ini memandangkan pelbagai masalah sosial yang telah ditimbulkan oleh

    Antara langkah-langkah yang  diambil ialah

     

    1. Melakukan risikan dan serbuan ke atas tempat-tempat yang berkenaan berdasarkan aduan-aduan yang dilaporkan oleh agensi-agensi dan orang awam sepanjang masa;

     

    1. Mensabitkan kesalahan-kesalahan dan hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan oleh pendatang asing yang telah melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan  Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966;

     

    • Mengetatkan syarat bagi setiap permohonan pas kerja mengikut kuota yang dibenarkan bagi mengelakkan salah guna pas dan kes-kes lari dari majikan;

     

     

     

     

    1. Mengetatkan syarat bagi setiap permohonan visa, pas dan permit bagi mengelakkan salah guna pas dan memastikan setiap permohonan visa, pas dan permit disertakan bukti majikan atau kolej serta bukti-bukti kelayakan memohon yang telah di had dan disyaratkan oleh Jabatan Imigresen supaya tidak berlaku kes-kes

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.