Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
167) PEKERJA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Selangor memiliki statistik pekerja asing di Negeri Selangor dan apakah kesan kehadiran pekerja asing kepada masyarakat setempat dari segi masalah sosial, pengurusan sampah, penyakit berjangkit dan wabak?
Kerajaan Negeri mendapatkan perkhidmatan Jabatan Imigresen Negeri Selangor sebagai rujukan bagi mendapatkan maklumat berkenaan statistik pekerja asing di Negeri
Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen, seramai 189,631 pekerja asing direkodkan bekerja di Negeri Selangor bagi tahun 2015
Walaupun kehadiran pekerja-pekerja asing ini amat diperlukan dalam sektor perindustrian, namun ianya juga membawa kesan kepada masyarakat setempat seperti;-
- Isu ganggu bising
- Isu kebersihan di kawasan penempatan
- Isu pembukaan kedai-kedai tanpa izin milik warga