Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
192) PEKERJA ASING
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik jumlah pekerja asing di Selangor dari 2016-2018 mengikut negara.
Statistik jumlah pekerja asing di Selangor dari tahun 2016-2018 mengikut negara adalah seperti di Lampiran.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang peningkatan jumlah pekerja asing di Selangor?
Pusat JobsMalaysia ialah salah satu unit di Jabatan Tenaga Kerja Selangor, telah melaksanakan beberapa program Karnival Pekerjaan kepada rakyat sepanjang 2019. Penganjuran karnival ini ialah membantu lebih banyak warga tempatan mendapat pekerjaan terutamanya di Selangor. Majikan juga perlu menawarkan gaji melebihi gaji minima kepada pekerja tempatan dan pelbagai tawaran faedah pekerjaan supaya menarik minat pekerja tempatan bekerja terutama sektor-sektor yang dibiasanya dijawat oleh pekerja asing. Usaha ini perlu mendapat sokongan yang lebih kuat daripada Kerajaan Negeri supaya peningkatan tenaga kerja tempatan dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing